Dropdown menu

Sunday, March 1, 2015

Yang pergi berganti

MATANG : SMK Matang menerima Pengetua yang baru iaitu En. Zakaria Othman yang mengantikan En. Mohamad Dan Mahat.

Sebelum memulakan tugas sebagai Pengetua SMK Matang, En. Zakaria bertugas sebagai Penolong Kanan 1 SMK King Edward, Taiping.

Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan selamat bertugas kepada En. Zakaria Othman.

Sementara itu, SMK Matang kehilangan seorang guru yang banyak menabur bakti kepada sekolah khususnya Pusat Sumber SMK Matang.

Beliau ialah Guru Perpustakaan dan Media, Puan Midah Awang Hamat yang berpindah ke SMK Penarek, Terengganu.

Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru kepada Puan Midah Awang Hamat

Tempat beliau sebagai Guru Perpustakaan dan Media kini disandang oleh En. Adnan Abd Rahman yang berpindah dari SMK Air Putih Kuantan.

No comments:

Post a Comment