Dropdown menu

Saturday, April 22, 2017

Peningkatan pencapaian SPM , peristiwa menarik suku pertama 2017

MATANG : Kejayaan SMK Matang melonjak dalam kedudukan  ranking sekolah-sekolah Daerah Larut Matang dan Selama berikutan peningkatan GPS melalui pencapaian SPM 2016 adalah peristiwa menarik untuk  empat bulan pertama tahun 2017 .

Dalam tempoh ini, SMK Matang mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan kurikulum, HEM dan kokurikulum.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Majlis Akur Janji SPM, Pelacaran Task Force SPM 2017, Mesyuarat Agung PIBG, Pertandingan Bolasepak MSSD Larut Matang dan Selama, Sukan Tahunan dan Merentas Desa

Berikut adalah gambar beberapa aktiviti yang telah berjalan :

Aktiviti Jejak Maklumat : Kelab PSS SMK Matang anjur Jejak Buku


MATANG : Aktiviti Jejak Buku anjuran Kelab Pusat Sumber amat menarik dan mencabar minda peserta yang menyertainya.

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan . Setiap kumpulan dikehendaki mencari maklumat dalam buku yang terdapat dalam perpustakaan melalui tanda-tanda yang diberikan oleh guru.

Sebenarnya, terdapat pelbagai bentuk pertandingan jejak maklumat yang boleh dijalankan. Mari kita lihat satu bentuk aktiviti jejak maklumat dalam artikel di bawah :

1. PENGENALAN

Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan ‘Treasure Hunt’ atau ‘Explore Race’. Pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan. Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.

Aktiviti Kelab PSS : Kenapa Jigsaw Puzzle ?

MATANG : Kelab Pusat Sumber SMK Matang terus aktif melaksanakan aktiviti setiap kali perjumpaan kokurikulum pada hari Rabu.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan ialah Jigsaw Puzzle yang dijalankan secara berkumpulan 
Kenapa Kelab Pusat Sumber memilih Jigsaw Puzzle? mari baca artikel ini untuk mendapat jawapannya.
Selama ini mesti anda rasa bahawa bermain puzzle adalah aktiviti biasa-biasa sahaja, kan?
Dan ianya hanyalah aktiviti kanak-kanak yang hanya sekadar untuk mengisi masa lapang mereka.
Mungkin artikel yang disiarkan kali ini akan mengubah pandangan anda terhadap aktiviti bermain puzzle kerana saya akan berkongsi kelebihan yang dapat kita perolehi dari bermain puzzle jigsaw ini.
Permainan puzzle adalah satu permainan akal yang memerlukan kita mengecam corak dan berfikir dalam mencantumkan cebisan-cebisan puzzle itu dalam membentuk imej yang betul.

Wednesday, April 19, 2017

Lim Jia , Tan Xue Lin dipilih Pengerusi Pengawas dan Kelab Pusat Sumber

MATANG : Lim Jia dan Tan Xue Lin dari kelas 501 ( gambar sebelah ) masing-masing dipilih sebagai Pengerusi Pengawas Pusat Sumber dan Pengerusi Kelab Pusat Sumber bagi tahun 2017.

Kedua-dua mereka yang merupakan Pengawas Pusat Sumber telah dipilih semasa Mesyuarat Agung Pengawas Pusat Sumber dan Mesyuarat Agung Kelab Pusat Sumber awal tahun ini.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber dan Kelab Pusat Sumber bagi tahun 2017