Dropdown menu

Friday, November 24, 2017

SMK Matang terima Pengetua baru

MATANG : Pusat Sumber Avicennia SMK Matang mengalu-alukan kedatangan Pengetua baru En. Zainal bin Umar yang memulakan tugasnya secara rasmi di SMK Matang, bermula pada 24 November 2017.

En. Zainal bin Umar menggantikan En. R. Karunagaran A/L S. Raman  yang berpindah ke SMK Methodist , Sungai Siput.

Sebelum dilantik sebagai Pengetua SMK Matang, En. Zainal bin Umar  adalah Penolong Kanan HEM di SMK Buntong, Ipoh.

Pada hari pertama menjejakkan kaki di SMK Matang En. Zainal bin Umar sempat bertemu dengan pelajar SMK Matang dalam satu perjumpaan ringkas .

Beliau juga mengambil kesempatan bertemu dengan guru-guru dan kakitangan SMK Matang selepas perjumpaan dengan pelajar.

Semoga kedatangan pengetua baru En. Zainal bin Umar  ini akan meneruskan kesinambungan Visi dan Misi SMK Matang dan memimpin SMK Matang ke arah kejayaan yang lebih cemerlang, seterusnya mendidik pelajar SMK Matang menjadi insan yang dapat membanggakan dan mengharumkan nama SMK Matang.



Sekitar perjumpaan Pengetua baru  bersama pelajar SMK Matang









No comments:

Post a Comment