Dropdown menu

Thursday, November 17, 2016

St. John Ambulance terima anugerah kokurikulum terbaik SMK Matang

MATANG : Pasukan St. John Ambulance telah menerima anugerah kokurikulum terbaik SMK Matang semasa Majlis Penyampaian Anugerah Kokurikulum dan Sukan SMK Matang di Dataran Perhimpunan, di sini.

Pengumuman kejayaan St. John Ambulance ini dibuat semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Matang.

Pasukan St John Ambulance telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan sekolah pada tahun 2016. Antaranya, menjadi johan pertandingan memasak St. John Ambulance Kawasan Perak Utara.

Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Matang telah disempurnakan perasmiannya Pengetua SMK Matang En. Karunagaran A/L S.Raman

Majlis anugerah berkenaan adalah acara tahunan SMK Matang bagi menghargai jasa guru dan pelajar dalam bidang kokurikulum dan sukan

Guru Penasihat Pasukan St. John Ambulance Puan Low Mee Hoon telah menerima anugerah berkenaan.

Wednesday, November 16, 2016

Tahniah, SMK Matang

MATANG : Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan tahniah kepada pihak pentadbiran , guru-guru , kakitangan serta pelajar SMK Matang kerana mencatat sejarah memenangi pertandingan penjimatan elektrik “Energy Efficiency Challenge 2016” anjuran Suruhanjaya Tenaga (ST) yang melibatkan semua sekolah menengah seluruh negara.

SMK Matang telah membawa pulang hadiah sebanyak RM 15,000.00 beserta plak dan sijil penghargaan semasa majlis penyampaian hadiah Energy Efficiency Challenge 2016 di Hotel Marriott, Putrajaya pada 8 November 2016.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Tenaga (ST) Datuk Abdul Razak Abdul Majid.

SMK Matang mendapat tempat pertama apabila memperoleh markah 96 peratus dengan penjimatan elektrik sebanyak 27.36 peratus.