Dropdown menu

AKTIVITI GALAKAN MEMBACA

PROJEK MEMBACA SMK MATANG
TAHUN 2018

  1. Rasional
Secara langsung Projek Membaca SMK Matang melibatkan murid-murid secara aktif. Mereka merupakan kumpulan sasaran yang akan menentukan kejayaan program NILAM atau sebaliknya. Projek Membaca melaksanakan aktiviti – aktiviti bertujuan menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar SMK Matang.

  1. Objektif
Diharapkan murid-murid dapat:
a)      Menjadikan murid suka membaca
b)      Menggalakkan sekolah terus  menjana idea kreatif dan inovatif   bagi menyemai tabiat membaca.
c)      Membaca buku sebanyak yang mungkin
d)      Menentukan bahan bacaan yang dibaca itu direkod

  1. Sasaran
Semua murid

  1. Aktiviti

    1. Program NILAM
    2. Pertandingan NILAM
    3. Kem Membaca 1 Malaysia
    4. Kempen Membaca
    5. Penerbitan

  1. Anggaran kos

Program NILAM
Buku Rekod NILAM pelajar – RM 140.00
Majlis Pelancaran – RM 100.00

Pertandingan NILAM
Tokoh NILAM – RM 50.00
Majlis Pengiktirafan – RM 100.00
Hadiah dan Sijil NILAM – RM 300.00

Kem Membaca 1 Malaysia               
      Majlis Pelancaran – RM 100.00
Folio Berita Akhbar – RM 20.00
 Sudut Bacaan Kelas – RM 30.00

Kempen Membaca     
Promosi Buku – RM 10.00
Pameran Bertema – RM 800.00
     Kuiz – RM 300.00
     
Penerbitan
      Buletin – RM 400.00
     Fail Berita – RM 20.00

Lain - lain perbelanjaan – RM50.00

Jumlah keseluruhan:       RM2420.00

  1. Sumber kos
Pusat Sumber SMK Matang

  1. Tempat
Pusat Sumber Sekolah

  1. Tarikh / Masa Pelaksanaan
Januari – November 2018

  1. AJK Pelaksana
Pengerusi
En. Zainal bin Haji Umar ( Pengetua)
Naib Pengerusi 1
En. Hasnul Hadi bin Abd. Thamin (PK 1)
Penyelaras
 Cik Halimaton bin Hamid (GK Kemanusiaan)
Setiausaha
En. Adnan bin Abd Rahman
Bendahari
Pn. Nor Hanim bin Abdul Aziz
AJK
Cik Nur Asmarihan bin Zuhari
Semua Ketua Panitia
Penutup
Diharapkan melalui aktiviti yang akan dijalankan akan dapat meningkatkan tabiat membaca dan menimbulkan minat mereka untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah.



AKTIVITI 1 : FOLIO BERITA AKHBAR
PUSAT SUMBER SMK MATANG

PENGENALAN

Folio Berita Akhbar adalah aktiviti menganalisis, memilih, memotong, menyimpan keratan berita bermaklumat. Bahagian yang dipotong daripada sesuatu halaman surat khabar. Biasanya bahagian yang dipotong itu mengandungi berita, data, siaran tertentu, majalah dan sebagainya. Keratan-keratan ini biasanya dikumpul dan difailkan.

OBJEKTIF

a.  Meningkatkan kemahiran-kemahiran mengimbas,menyusun, menilai di kalangan murid.
b. Menggalakkan murid bekerja secara kelompok.
           c. Mengumpulkan maklumat tambahan daripada berita  yang  tersiar di akhbar tentang tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran
d. Meluaskan koleksi pusat sumber sekolah.

TARIKH PELAKSANAAN:
22 April  2015

MASA/TENTATIF      
1.00 -  2.30 petang

ANGGARAN KOS/BAHAN
Akhbar lama

SUMBER KOS/BAHAN
Sumbangan pelajar

TEMPAT
Pusat Sumber SMK Matang

SASARAN
Ahli Kelab Pusat Sumber

JAWATANKUASA
Pengerusi                  : En. Zakaria bin Othman (Pengetua)
Naib Pengerusi         : En.Hasnul Hadi bin Abd Thamin (PK 1)
Penyelaras                 : En.Halimatun binti Din (GK Kemanusiaan)
Setiausaha                 : En. Adnan bin Abd Rahman
Bendahari                  : Cik Nurasmarihan binti Zuhairi
AJK                             : Pn. Nor Hanim binti Aziz
   En.Mohd Fadeli bin Zakaria
PENUTUP            

 

Folio Berita Akhbar ini diharapkan boleh menarik minat murid untuk membaca akhbar serta membiasakan murid mengisi masa lapang dengan aktiviti membaca. Sehubungan itu, melalui program ini juga diharap budaya membaca dapat diamalkan di SMK Matang.

LAPORAN

1.    Kehadiran/ Penyertaan

Ahli Kelab Pusat Sumber

2.    Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Fail Berita Bermaklumat dijalankan berdasarkan format sesuatu surat khabar dibincangkan dengan ahli Kelab PSS untuk membantu mereka mengimbas surat khabar itu. Tajuk berita/majalah, penyendal, gambar, format ruangan sesebuah akhbar dapat membantu proses memgimabs untuk mengenal pasti tajuk yang berkaitan. Keratan-keratan akhbar difailkan menurut susunan kronologi berdasarkan tarikh keluaran akhbar. Keratan-keratan itu dapat dilekatkan pada borang khas yang dicetak menggunakan kertas pendua biasa. 



3.    Gambar Aktiviti










AKTIVITI 2 : MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
SMK MATANG TAHUN 2018

PENGENALAN

Kem Membaca 1Malaysia 2015 merupakan salah satu program Kementerian PendidIkan Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat..Program Kem Membaca 1 Malaysia telah dimulakan kali pertama pada 2009 sehingga kini.

OBJEKTIF

1. Menggerakkan program galakkan membaca.
2. Memupuk minat membaca secara berterusan.
3. Mencungkil bakat melukis dan mewarna kulit buku.
4. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan dan memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan  murid..

TARIKH PELAKSANAAN:
21 – 23 April 

MASA/TENTATIF      
7.30 – 2.30 petang

ANGGARAN KOS/BAHAN
RM 50.00 Banting

SUMBER KOS/BAHAN
PCG PSS

TEMPAT
Pusat Sumber SMK Matang

SASARAN
Pelajar dan guru SMK Matang

JAWATANKUASA
Pengerusi                  : En. Zainal bin Haji Umar (Pengetua)
Naib Pengerusi         : En.Hasnul Hadi bin Abd Thamin (PK 1)
Penyelaras                 : En.Halimatun binti Din (GK Kemanusiaan)
Setiausaha                 : En. Adnan bin Abd Rahman
Bendahari                  : Cik Nurasmarihan binti Zuhairi
AJK                             : Pn. Nor Hanim binti Aziz
   En.Mohd Fadeli bin Zakaria


TENTATIF PROGRAM

Tarikh
Aktiviti
21/4
 Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia
-          Bicara Buku
-          Tips Bacaan
-          Pelancaran
-          Ucapan Perasmian
22/5
Folio Berita Akhbar
-          Cari Berita Akhbar
-          Ulasan Akhbar
-          Analisis Berita
-          Kumpul Berita
23/4
Sudut Bacaan Kelas
-          Wujudkan Sudut Bacaan setiap kelas
-          10 minit membaca di Sudut Bacaan Kelas

PENUTUP 

 

Program Kem Membaca 1 Malaysia  ini jika dilaksanakan dengan sistematik dan terancang akan memberi impak yang baik dari segi mencerna minda serta memupuk minat membaca dikalangan  warga SMK Matang.  Semoga program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap pengetahuan serta kecemerlangan  pelajar.




AKTIVITI 3 : SUDUT BACAAN KELAS
PUSAT SUMBER SMK MATANG

PENGENALAN
Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang. Pengajaran dan pembelajaran bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif. Oleh yang demikian Sudut Bacaan yang dirancang adalah merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan untuk mendekatkan dan mendedahkan murid-murid dengan budaya membaca sama ada semasa masa terluang ataupun ketika masa intsruksional.  Rasional Sudut bacaan diwujudkan untuk memudahkan murid-murid mendapatkan bahan bacaan.

OBJEKTIF

a) Mewujudkan budaya membaca dalam kalangan murid
b) Melatih murid menghargai masa
c) Memudahkan murid membuat rujukan ( sifir / kamus )
d) Membolehkan pembelajaran secara kendiri berlangsung.

TARIKH PELAKSANAAN:
23 April  2015

MASA/TENTATIF      
7.30 pagi – 9.00 pagi

ANGGARAN KOS/BAHAN
Buku dan Majalah Lama

SUMBER KOS/BAHAN
Sumbangan pelajar

TEMPAT
Setiap kelas

SASARAN
Pelajar dan guru SMK Matang

JAWATANKUASA
Pengerusi                  : En. Zakaria bin Othman (Pengetua)
Naib Pengerusi         : En.Hasnul Hadi bin Abd Thamin (PK 1)
Penyelaras                 : En.Halimatun binti Din (GK Kemanusiaan)
Setiausaha                 : En. Adnan bin Abd Rahman
Bendahari                  : Cik Nurasmarihan binti Zuhairi
AJK                             : Pn. Nor Hanim binti Aziz
   En.Mohd Fadeli bin Zakaria
PENUTUP            

 

Sudut Bacaan Kelas  ini diharapkan boleh menarik minat murid untuk membaca buku serta membiasakan murid mengisi masa lapang dengan aktiviti membaca. Sehubungan itu, melalui program ini juga diharap budaya membaca dapat diamalkan di SMK Matang.

 


LAPORAN

1.    Kehadiran/ Penyertaan

Pelajar dan guru SMK Matang

2.    Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Setiap kelas telah menjadikan satu ruang di belakang kelas dilabel sebagai Sudut Bacaan Kelas. Beberapa meja dan kerusi diletakkan bahan bacaan seperti majalah, akhbar dan buku yang disumbang oleh pelajar dan guru. Sudut bacaan yang diwujudkan memudahkan pelajar mendapatkan bahan bacaan.


3.    Gambar Aktiviti









No comments:

Post a Comment