Dropdown menu

AKTIVITI PAMERAN

PAMERAN BERTEMA
PUSAT SUMBER SMK MATANG

PENGENALAN

Pameran adalah suatu bentuk kegiatan untuk mempertontonkan suatu hasil maklumat dari suatu peristiwa tertentu kepada orang ramai, dengan tujuan untuk mendapatkan tanggapan dan penilaian terhadap peristiwa yang dipamerkan. Setiap pameran yang dirancang mempunyai tema dan objektifnya tersendiri.

OBJEKTIF

1.     Memberikan lebih banyak publisiti serta promosi yang lebih meluas dan informasi awal kepada pelajar berkenaan sesuatu peristiwa penting

2.   Memberi informasi dan pendidikan yang berguna serta bermaklumat tentang sesuatu peristiwa penting

 

3.  Menggalakkan pelajar mengunjungi pusat sumber sekolah

 

TARIKH PELAKSANAAN:
Mengikut tema sesuatu peristiwa penting dalam negara

MASA/TENTATIF      
1 – 2 bulan untuk setiap tema    
         
TEMPAT
Pusat Sumber SMK Matang
Laluan Ilmu SMK Matang

JENIS PAMERAN
Senarai pameran yang akan dijalankan adalah seperti berikut :
i.                   Pameran Buku Oh Buku – Sempena Hari Orientasi Pelajar Baru
ii.                Pameran Kenali Sejarawan Negara – Sempena hari Kemerdekaan tahun 2014
iii.              Pameran Berita Arkib - Sempena hari Kemerdekaan tahun 2014
iv.              Pameran Institusi Diraja (YDPA) – Sempena Hari Pertabalan Sultan Perak tahun 2015
v.                 Pameran Negara Asean – Sempena Persidangan Negara-Negara Asean di Malaysia tahun 2015

SASARAN
Pelajar dan guru SMK Matang

ANGGARAN KOS/BAHAN
RM 300.00

AJK PELAKSANA
Pengerusi         : En. Zakaria bin Othman (Pengetua)
Naib Pengerusi : En. Hasnul Hadi bin Abd Thamin (PK 1)
Penyelaras        : Pn. Halimaton binti Hamid (GK Kemanusiaan)
Setiausaha        : En. Adnan bin Abd Rahman
Bendahari         : En. Mohamad Fadeli bin Zakaria
AJK                      : Cik Nur Asmarihan binti Zuhairi
   Pn. Nur Hanim binti Abdul Aziz

PENUTUP

Diharapkan melalui pameran bertema yang akan dijalankan akan membolehkan  pelajar dan guru mendapat maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut tema pameran yang dipamerkan


GAMBAR PAMERAN

Pameran Buku Oh Buku 

Pameran Kenali Sejarawan Negara 

Pameran Berita Arkib 

Pameran Institusi Diraja (YDPA) 


Pameran Negara Asean 

No comments:

Post a Comment