Dropdown menu

Wednesday, November 18, 2015

Kelab Pusat Sumber, Puteri Islam, Sepak Takraw terbaik kokurikulum

MATANG : Kelab Pusat Sumber, Pasukan Puteri Islam dan Pasukan Sepak Takraw telah anugerah kokurikulum terbaik kategori masing-masing semasa Majlis Penyampaian Anugerah Kokurikulum dan Sukan SMK Matang di Dataran Perhimpunan, di sini.

Pengawas Pusat Sumber Nur Syahirah Mohamad Tahir berkata, majlis anugerah berkenaan adalah acara tahunan SMK Matang bagi menghargai jasa guru dan pelajar dalam bidang kokurikulum dan sukan

" Kelab Pusat Sumber telah dipilih menerima anugerah terbaik bagi kategori kelab dan persatuan. Manakala Pasukan Puteri Islam menerima anugerah terbaik bagi kategori unit beruniform.

Pasukan Sepak Takraw pula kekal memenangi anugerah terbaik bagi kategori sukan dan permainan" katanya

Monday, November 16, 2015

Shatiskumar , Vanisri terima anugerah tertinggi NILAM

MATANG : Shatiskumar A/L Meenachi Sundram dan   Vanisri A/P Manimaran dari kelas 403 telah menerima anugerah pengiktirafan tertinggi iaitu Anugerah Nilam dalam majlis penyampaian sijil pengiktirafan Nilam yang diadakan di Dataran Perhimpunan , di sini.

Penolong Kanan HEM En. Zahrom Syah Haji Saleh telah menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari.

Pengawas Pusat Sumber Syaidatul Nadrah Rosli berkata , tiga pelajar telah menerima anugerah Perak iaitu Nurul Ayuni Hasanah binti Mohd Saberi dari kelas 503, Agielan A/L Sengatheer Selvam dari kelas 405 dan  Lau Swea Chi dari 301.

" Pusat Sumber juga telah menyampaikan sijil penghargaan kepada sembilan orang Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 yang menamat tugas mereka tahun ini

" Sijil ini juga sebagai tanda terima kasih kerana mereka telah memberi sumbangan yang baik semasa memegang amanah sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang" katanya