Dropdown menu

Wednesday, September 30, 2015

Jigsaw Puzzle uji minda pelajar

MATANG : Kelab Pusat Sumber SMK Matang telah menjalankan pertandingan Jigsaw Puzzle Uji Minda yang melibatkan semua ahli kelab baru-baru ini.

Pengerusi Kelab, Zieze Ezwanie Zainol Afandie berkata, pertandingan Jigsaw Puzzle Uji Minda ini bertujuan untuk merangsang minda dan tahap kecerdasan ahli kelab melalui penglihatan.

Ahli Kelab PSS dibahagikan kepada enam kumpulan dan perlu menyiapkan cantuman tujuh puzzle. 

" Kumpulan yang paling cepat menyiapkan cantuman tujuh puzzle dengan betul dikira sebagai pemenang" katanya ketika ditemui semasa pertandingan

Sunday, September 27, 2015

Ahli Kelab PSS sertai Bengkel Pengacara Majlis

MATANG : Semua orang mungkin boleh berucap dan mengaku menjadi seorang penyampai yang baik, tetapi bagaimana menjadi pengucap dan penyampai yang berkesan dan efektif? 

Menyedari hakikat ini, Kelab Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan Bengkel Pengacara Majlis yang diadakan di Pusat Sumber SMK Matang baru-baru ini.

Penolong Setiausaha Kelab PSS, Nur Syahirah Mohamad Tahir berkata, bengkel ini diadakan bagi membantu ahli Kelab PSS berkeyakinan untuk bercakap di hadapan audiens yang ramai. 

" Bengkel ini memberi pengetahuan dan kefahaman tentang prinsip, konsep dan kepentingan membuat persembahan lisan dan pengucapan awam dengan berkesan 

" Seramai 22 orang ahli kelab diajar tentang kemahiran persembahan dan pengucapan awam yang merupakan kemahiran yang penting bagi semua orang" katanya

Wednesday, September 9, 2015

Jamuan Hari Raya SMK Matang meriah

MATANG : Pengawas Pusat Sumber Beh Weng Kai yang memperagakan pakaian baju Melayu ala 'P.Ramlee" telah dipilih memenangi hadiah pakaian paling bergaya kategori pelajar lelaki semasa Majlis Jamuan Hari Raya SMK Matang yang diadakan baru-baru ini.

Pengawas PSS yang membuat liputan berita, Syaidatul Nadrah Rosli berkata, Majlis Jamuan Hari Raya yang diadakan telah melibatkan semua pelajar pelbagai kaum, guru-guru dan kakitangan sekolah.

" Pada hari ini , semua guru dan pelajar memakai pakaian tradisional kaum masing-masing bagi sama-sama meraikan Majlis Jamuan Hari Raya

" Pelbagai juadah disediakan kepada pelajar seperti satay, kuih-muih dan buah-buahan" katanya

Syaidatul Nadrah berkata, Majlis Jamuan Hari Raya begitu ceria dengan penglibatan semua pelajar dengan pakaian tradisional kaum masing-masing 

Sunday, September 6, 2015

Lim Jia harumkan nama Pengawas PSS

MATANG : Pengawas Pusat Sumber SMK Matang Lim Jia berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Menulis Esei dalam Bahasa Cina peringkat antarabangsa yang dianjurkan Majalah 'Kuailezuawen' Negara China. 

Lim Jia yang juga merupakan Pelajar Harapan Sekolah untuk peperiksaan PT3 telah menyertai pertandingan berkenaan hasil dorongan guru subjek Bahasa Cina beliau.

Kejayaan Lim Jia mendapat tempat ketiga daripada beribu-ribu penyertaan dari seluruh dunia menjadi kebanggaan Pusat Sumber SMK Matang.

Kemampuan beliau tidak boleh disangkal berdasarkan penglibatan aktif beliau dalam aktiviti ko kurikulum di sekolah

SMK Matang Johan PSS Cemerlang LMS

TAIPING : SMK Matang muncul sebagai Johan Pusat Sumber Cemerlang peringkat Daerah Larut Matang dan Selama bagi kategori Sekolah Menengah Gred B.

Kategori Sekolah Menengah Gred B adalah merangkumi sekolah-sekolah menengah yang mempunyai jumlah murid kurang 800 orang.

Anugerah NILAM dan Pusat Sumber Cemerlang 2015 Daerah Larut Matang dan Selama telah diadakan pada 28 Julai di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama , Tuan Haji Mohd Sabri Haji Md Daud telah merasmikan majlis ini dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Majlis ini telah diserikan dengan beberapa persembahan pelajar dari sekolah terpilih seperti persembahan Angklung dan Action Song.