Dropdown menu

Tuesday, October 3, 2017

Pengawas PSS Tingkatan 5 dirai

TAIPING : Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 SMK Matang tidak mahu meninggalkan sekolah terutama Pusat Sumber tanpa kenangan mengembirakan. 

Justeru, baru-baru ini mereka telah mengusahakan satu majlis santai untuk meraikan perpisahan mereka sebagai Pengawas PSS SMK Matang.

Naib Ketua Pengawas PSS, Beh Wen Kai berkata, majlis yang meriah dan ceria ini diadakan di SG , Taiping Mall . 

" Antara guru yang hadir ialah Guru Perpustakaan dan Media En. Adnan Abd Rahman , Guru Bestari En. Mohamad Hafizul Harun dan AJK Guru Pusat Sumber Cik Nur Shazwani Mohd Shaharum.

Majlis itu juga diadakan untuk Cik Nur Asmarihan Zuhari AJK Guru Pusat Sumber yang telah bertukar ke SMK Convent, Taiping" katanya

Bilik FROG VLE SMK Matang jadi tumpuan

Image may contain: people sitting and indoorMATANG : Bilik FROG VLE SMK Matang menjadi tumpuan bukan sahaja warga SMK Matang malah warga pendidik di Daerah Larut Matang dan Selama .
Bilik ini yang diwujudkan awal tahun ini digunakan secara optima oleh pelajar dan guru di SMK Matang . 
Hasrat membudayakan FROG VLE sebagai pelantar maya dalam PdP dan merealisasikan elemen 21st Century Learning di kalangan warga SMK Matang akhirnya menjadi kenyataan berikutan wujudnya Bilik FROG VLE.
Bilik FROG VLE SMK Matang juga dimanfaat oleh guru-guru di Daerah Larut Matang dan Selama yang mengikuti kursus pembinaan sites dalam FROG VLE yang dikendalikan oleh Guru Bestari SMK Matang En. Mohammad Hafizul Harun.

PIBG SMK Matang anjur Jogathon Hari Malaysia

Image may contain: one or more people, people standing, crowd and outdoorMATANG : Jogathon Hari Malaysia anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Matang menceriakan guru dan murid sekolah berkenaan menjayakan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.
Setiausaha PIBG SMK Matang Adnan Abd Rahman berkata, Hari Malaysia merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh semua guru dan murid kerana hari ini merupakan detik pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
“ Semua cikgu dan murid bersama dengan rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar dengan hati yang gembira sekali.
“ Justeru, PIBG dengan kerjasama pihak sekolah menganjurkan jogathon pada hari ini bagi memupuk kesedaran pelajar terhadap kepentingan Hari Malaysia” katanya ketika ditemui semasa program jogathon berkenaan
Pelepasan peserta disempurnakan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Matang Abdul Rahman Said. 

Rangkuman peristiwa di SMK Matang

Image may contain: 2 people, crowd and outdoorMATANG : Majlis Penganugerahan Lencana Kecemerlangan Pelajar SPM yang merupakan satu usaha SMK Matang meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan SPM 2017 menjadi antara peristiwa menarik untuk tempoh pertengahan tahun 2017 .

Dalam tempoh ini, SMK Matang mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan kurikulum, HEM dan kokurikulum.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Majlis Penganugerahan Lencana Kecemerlangan Pelajar SPM, Sambutan Bulan Kemerdekaan , English Camp, Hari Komunikasi dan Majlis Khatam Al Quran

Berikut adalah gambar beberapa aktiviti yang telah berjalan :






Majlis 'Jasamu Dikenang' buat Cikgu Jamaluddin

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and outdoorMATANG : Tarikh 23 Jun menjadi ingatan  buat warga SMK Matang apabila Cikgu Jamaludin Abdul Rahman yang banyak menabur bakti telah sampai tempoh akhir perhidmatan sebagai seorang guru.

Satu majlis 'Jasamu Dikenang' sempena persaraan Cikgu Jamaluddin telah diatur penuh dramatik. Warga SMK Matang telah berhimpun di Dataran Perhimpunan meraikan majlis 'Jasamu Dikenang' ini.

Majlis ini melakar sejarah tersendiri bukan saja kepada Cikgu Jamaludin malah sekolah apabila dia diraikan dengan berkonsepkan Kesultanan Melayu.


Selepas aturcara penyampaian hadiah dan sijil kepada Cikgu Jamaluddin. Beliau telah  diarak dari singgahsana dengan kereta antik ke kereta beliau diiringi oleh pelajar dan guru SMK Matang
Cikgu Jamaluddin langsung tidak menyangka upacara persaraan itu diraikan sebegitu meriah.