Dropdown menu

Tuesday, May 23, 2017

St. John Ambulance SMK Matang johan dua kategori

 MATANG : Pasukan St. John Ambulance (SJAM) SMK Matang telah menjadi johan bagi dua kategori Pertandingan Masak Memasak anjuran SJAM Kawasan Perak Utara dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama yang diadakan pada 7 Mei 2017.

Antara kategori pertandingan yang dimenangi ialah kategori ambulans yang diwakili empat ahli iaitu Beh Wen Kai, 501, Lee Wen Chuan , 503 , Lee Wen Siang , 302 dan Lai Chee Wen

SJAM SMK Matang turut menjadi johan untuk kategori perarawatan melalui empat wakilnya iaitu Tan Xue Lin, 501, Lau Swea Chi, 501 , Low Jia Ying , 503 dan Lau Yi Xin , 401.

Selamat bersara Mr.Tan


MATANG : Mr. Tan Eow Teik telah diraikan sempena Majlis Persaraan yang diadakan pada 16 Mei di Dataran Perhimpunan SMK Matang.
Mr. Tan yang ditemani isteri tercinta telah diraikan dengan acara memotong kek , penyampaian hadiah dan perarakan pulang.
Pada usia 58 tahun dengan perkhidmatan selama 30 tahun  meninggalkan kesibukan dunia pendidikan tentu akan merasakan satu kenangan indah menghadapi hari-hari berikutnya. 
Jasa Mr Tan sebagai guru selama ini tidak harus dilupakan. 
Tuai padi antara masak
 Esok jangan layu-layuan
                                   Intai kami antara nampak
                                   Esok jangan rindu-rinduan

Monday, May 22, 2017

Syafiq Syazwan terima hadiah basikal

MATANG : Muhammad Syafiq Syazwan Sahizad dari kelas 501 telah menerima hadiah sebuah basikal sebagai hadiah utama kutipan tertinggi program Jogathon anjuran PIBG SMK Matang.

Seramai lima pelajar telah menerima hadiah kutipan tertinggi program Jogathon anjuran PIBG SMK Matang.

Selain Syafiq, empat pelajar lain yang menerima barangan elektrik ialah Nur Aleya Masitah Noor Abdul Azim , Beh Wen Kai, Lean Jia Jun dan Siti Zainab Hasbullah

Majlis penyampaian hadiah kutipan tertinggi program Jogathon telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Matang En. R. Karunagaran A/L S. Raman di Dataran Perhimpunan, di sini.

Turut menerima hadiah ialah lima orang guru dan kakitangan yang berjaya membuat kutipan paling tinggi program Jogathon bagi kategori guru dan kakitangan.

Tuesday, May 16, 2017

Sambutan Hari Guru SMK Matang ceria

MATANG : Sambutan Hari Guru 2017 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK ) Matang disambut ceria dengan pelbagai aktiviti .

Pengawas Pusat Sumber, Aisyatul A’aiyah Rosli berkata, program ini merapatkan lagi hubungan baik antara guru dengan warga sekolah, disamping menyemarakkan semangat tenaga pendidik di sekolah.

” Antara aktiviti yang dijalankan ialah persembahan pelajar dan guru, acara memotong kek dan pertandingan badminton

” Semua warga SMK Matang menyaksikan aktiviti ini dengan penuh ceria dan meriah ” katanya

Aisyatul A’aiyah berkata, sambutan tersebut juga adalah untuk memberikan  penghargaan yang dirasakan sesuai dengan  jasa dan pengorbanan seorang pendidik.

” Selain aktiviti pelajar dan guru , turut diadakan penyampaian hadiah dan sijil kepada guru-guru SMK Matang

Wednesday, May 10, 2017

Majlis perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang tahun 2017

MATANG : Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2017.

Pengetua SMK Matang, En. R. Karunagaran a/l S. Raman telah menyempurnakan majlis perlantikan ini dengan menyampaikan sijil perlantikan kepada 10 orang pelajar semasa majlis perhimpunan sekolah di sini.

Pengawas Pusat Sumber, Nur Aini Mohamad Nor berkata, 10 pelajar ini telah melalui tempoh percubaan selama 2 bulan sebagai Pengawas Pusat Sumber sebelum dilantik secara rasmi.

”  Mereka telah menjalani latihan percubaan selama dua bulan pada Pertengahan Mac hingga April dan lulus dalam tempoh percubaan ini

“ Kesemua mereka akan memulakan tugas secara rasmi sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang” katanya semasa mempengerusikan majlis perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.

SMK Matang terima pengiktirafan JPN Perak

MATANG : Kejayaan meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) selama tiga tahun berturut-turut untuk pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) mendapat pengiktirafan apabila SMK Matang telah menerima sijil penghargaan dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.

Sijil penghargaan ini telah disampaikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik Tuan Haji Mohd Rosli Ahmad kepada Pengetua SMK Matang En. R. Karunagaran a/l S. Raman di Ipoh, baru-baru ini

Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan tahniah dan syabas kepada pentadbiran dan guru-guru SMK Matang di atas kejayaan SMK Matang mendapat pengiktirafan ini.

Lim Jia terima Anugerah Khas Pengetua

MATANG : Pengerusi Pengawas Pusat Sumber SMK Matang, Lim Jia telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar SMK Matang tahun 2017 dan menerima Anugerah Khas Pengetua pada Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang kali ke 15.

Lim Jia dipilih sebagai Tokoh Pelajar kerana pencapaian cemerlang beliau dalam bidang akademik , sahsiah dan kokurikulum.

Beliau telah memperoleh pencapaian akademik cemerlang skor semua A dalam Ujian 1/ 2017 dan telah dipilih sebagai Pelajar Harapan SPM 2017.

Pelajar kelas 501 ini juga aktif dalam bidang kokurikulum apabila menjadi Pengerusi Pengawas Pusat Sumber, Pengerusi Pandu Puteri dan Pengerusi Persatuan Bahasa Cina pada tahun 2017

Beliau juga setiap tahun menyertai Pertandingan Syarahan Bahasa Cina Peringkat Zon Utara Perak bermula tahun 2013 hingga 2016.

Pengawas Pusat Sumber SMK Matang cemerlang akademik

MATANG :  Kemenjadian murid itu adalah ‘outcome’ atau rupa bentuk insan yang mahu dihasilkan dari usaha pendidikan.

Pusat Sumber SMK Matang bergerak ke arah menghasilkan Pengawas Pusat Sumber cemerlang melalui latihan, bengkel dan kursus yang dilaksanakan. 

Pengawas Pusat Sumber juga membentuk keperibadian diri yang cemerlang melalui tugas rutin sebagai Pengawas Pusat Sumber . 

Justeru itu, Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan tahniah kepada Pengawas Pusat Sumber yang mendapat anugerah kerana pencapaian cemerlang semasa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang yang ke 15.

Pencapaian cemerlang Pengawas Pusat Sumber dalam bidang akademik dan sahsiah merupakan matlamat Pusat Sumber SMK Matang.

Hari Anugerah Cemerlang SMK Matang berlangsung gemilang


MATANG : Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang kali ke 15 telah berlangsung penuh gemilang pada 4 Mei 2017 di Dewan Terbuka SMK Matang.

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang merupakan kesinambungan tradisi sekolah dan memiliki signifikan yang tersendiri kepada seluruh warga SMK Matang .

Majlis ini adalah kemuncak kepada pengiktirafan dan penghargaan pihak sekolah terhadap pencapaian yang cemerlang dan sumbangan murid dalam bidang akademik.

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang telah dirasmikan oleh En. Mohammad Ravi JC Abdullah , Penolong PPD Kurikulum (Teknik & Vokasional) yang mewakili Dato’ Dr Muhammad Amin Zakaria , Exco Kerajaan Negeri Perak yang tidak dapat hadir.

Pada hari yang gemilang tersebut, penyampaian hadiah beberapa anugerah telah diberikan kepada murid dan guru SMK Matang.