Dropdown menu

KEBITARAAN

KEBITARAAN
PASUKAN TAKRAW WARIOR
SMK MATANG

PENGENALAN
Pasukan Sepak Takraw SMK Matang sama seperti pasukan sekolah lain menjadi belasahan pasukan lain terutama sekolah projek sukan sehinggalah pada tahun 2010 dibentuk Pasukan Takraw Warior  yang menyaksikan kelainan dari segi disiplin dan latihan. Pasukan Takraw Warior dikendalikan oleh En. Mohd Faris bin Mohd Khamis yang merupakan guru yang mahir dalam permainan sepak takraw.

PEMILIHAN PEMAIN
Tidak seperti lazim, pemain yang mewakili sekolah terdiri daripada pemain yang biasa mewakili sekolah di sekolah rendah. Namun , pemilihan pemain takraw mengambil masa yang panjang kerana memilih pemain yang benar-benar berdisiplin dan bersungguh-sungguh.
Walaupun ada pemain yang dipilih belum mahir menimbang bola, namun kerana disiplin serta kesungguhan mereka telah dipilih mewakili sekolah.

LATIHAN
Latihan intensif setiap hari persekolahan diadakan bagi memahirkan pemain menimbang bola, menanduk bola,membuat lambungan,  membuat rejaman dan menampan bola.
Setiap hari pemain akan membuat timbangan bola tanpa henti , membuat lambungan bola stabil dan menahan rejaman bola.
Apabila sudah mahir barulah pemain bermain di gelangang secara berpasukan dan diberi tunjuk ajar untuk merancang strategi dan teknik-teknik permainan.

PENGALAMAN
Pasukan Takraw Warior mengambil masa 3 tahun untuk menghasil satu pasukan yang mampu bersaing dengan pasukan sekolah lain. Pemain menimba pengalaman melalui pertandingan liga sekolah, perlawanan persahabatan, pertandingan MSSPK dan pertandingan luar.
Melalui pengalaman, pemain sentiasa memperbaiki skil permainan sehingga mereka benar-benar mahir dalam pemainan sepak takraw.

KEJAYAAN
Pasukan Takraw Warior mula menampakkan hasil selepas 3 tahun pasukan ini dibentuk. Pasukan Takraw Warior kini menjadi pencabar terkuat Pasukan SMK Dato’ Hussein , Selama yang merupakan Sekolah Projek Sukan Sepaktakraw daerah Larut Matang dan Selama.
Antara kejayaan Pasukan Takraw Warior,
1.    2014 - Tempat Ketiga Pertandingan Sepaktakraw MSSPK LMS kategori bawah 18 tahun
2.    2014 - Seramai 8 pemain telah dipilih mewakili daerah LMS dan menjadi Johan negeri Perak bagi kategori bawah 18 tahun dan 15 tahun
3.    2015 – Naib Johan Pertandingan Sepaktakraw MSSPK LMS kategori bawah 15 tahun dan Ketiga bawah 18 tahun
4.    2015 - Seramai 8 pemain telah dipilih mewakili daerah LMS dan menjadi Naib Johan negeri Perak bagi kategori bawah 18 tahun dan 15 tahun
5.    2015 – Seorang pemain telah dipilih mewakili Perak


PENUTUP


Diharapkan dengan wujudnya pelaksanaan pasukan Takraw Warior, semua pelajar yang menyertai pasukan ini akan dapat menguasai apa sahaja teknik dan kemahiran yang dipelajari untuk membentuk individu dan pasukan yang berdaya saing dalam menghadapi kejohanan Sepaktakraw di semua peringkat. 

GAMBAR





No comments:

Post a Comment