MATANG : Seramai
91 pelajar tingkatan satu hingga lima SMK Matang terlibat pada Perkhemahan
Perdana Unit Beruniform yang berlangsung dari 5 hingga 7 Oktober lalu.
Perkhemahan
tiga hari terbabit yang didakan di sekolah berkenaan disertai lapan unit badan
beruniform SMK Matang.
Badan-badan
beruniform tersebut terdiri daripada Pengakap, Kadet Pertahanan Awam, Pandu Puteri,
Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah , Puteri Islam, St John
Ambulance dan Kadet JPJ.
Penolong
Kanan Kokurikulum SMK Matang, Mohd Shariff Mohamed Noor berkata, aktiviti
tahunan berkenaan merupakan salah satu platform bagi menguji kebolehan dan
kemantapan sesebuah unit beruniform.
“
Selain mengaplikasikan kesemua teori yang telah dipelajari oleh ahli-ahli unit
masing-masing.

Mohd
Shariff berkata, perkhemahan
tersebut menampilkan beberapa aktiviti yang dijalankan untuk membina jatidiri
dan disiplin, serta menimbulkan kesedaran dalam diri peserta.
“
Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah latihan kawad kaki, beriadah,
nightwalk, ikhtiar hidup, sesi motivasi dan persembahan.
“
Tidur di dalam khemah dan aktiviti memasak merupakan antara pengalaman menarik
yang diperolehi para pelajar berkenaan” katanya

“ Seramai enam anggotanya
terlibat dalam demonstrasi itu iaitu menyelamatkan mangsa dengan meniti di atas
tali yang tegang dan teknik menyelamat mangsa semasa dalam kecemasan.
"Program
seperti ini memberi pengalaman kepada guru dan murid-murid untuk merasai
aktiviti lasak dengan menggunakan teknik yang belum pernah mereka
lakukan," katanya
Beliau berkata,
masyarakat dan orang awam juga perlu mengetahui perkara-perkara asas
sekurang-kurangnya bagi menyelamatkan keluarga dan orang awam yang memerlukan
pertolongan dengan segera.

“ Sekalung penghargaan juga kepada anggota
JPAM yang telah mencurahkan idea, masa dan tenaga sepanjang perkhemahan
berlangsung untuk memastikan agar pengisian program yang diterima oleh para
peserta berjalan dengan penuh bermakna” katanya
Mohd Shariff juga mengucapkan
ribuan terima kasih kepada para guru dan kakitangan yang hadir menghulurkan
bantuan, khususnya dari segi pengawasan program sepanjang perkhemahan.
Sekitar Perkhemahan Perdana
No comments:
Post a Comment