Dropdown menu

Sunday, March 1, 2015

Empat Pengawas Pusat Sumber Tingkatan Lima tamat tugas

MATANG : Seramai empat orang pelajar Tingkatan Lima akan menamatkan tugas mereka sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.

Mereka ialah Nor Hanani Osman , Chua Poh Loo , Durka a/p Subramaniam dan Durga Devi a/p Letcumanan.

Guru Perpustakaan dan Media, En. Adnan Abd Rahman berkata, kesemua mereka akan menerima sijil penghargaan dari Pusat Sumber SMK Matang

” Mereka telah bertugas dengan baik sepanjang menjadi Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.
” Ada di antara mereka yang menjadi Pengawas Pusat Sumber sejak berada di Tingkatan Satu lagi” jelasnya

En. Adnan berkata, keempat-empat pelajar ini juga akan menerima sijil penghargaan kerana memberi sumbangan yang baik semasa memegang amanah dalam Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.

” Nor Hanani Osman adalah Pengerusi Pengawas Sumber, Chua Poh Loo Naib Pengerusi , Durka a/p Subramaniam sebagai Setiausaha dan Durga Devi a/p Letcumanan adalah Bendahari.

” Sebagai penghargaan di atas sumbangan ini, mereka layak menerima sijil penghargaan dari Pusat Sumber SMK Matang” katanya

Beliau berharap keempat-empat pelajar ini dapat memanfaat ilmu dan pengalaman sebagai Pengawas Pusat Sumber apabila berada di tengah-tengah masyarakat nanti.







No comments:

Post a Comment