Dropdown menu

PENGIKTIRAFAN NILAM

MAJLIS ANUGERAH GURU NILAM
SMK MATANG TAHUN 2018

PENGENALAN
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

OBJEKTIF

1.       Memberi pengiktirafan Guru NILAM peringkat sekolah.
2.      Meningkatkan minat membaca yang berterusan dikalangan guru
3.      Menampilkan guru yang mengamlkan ciri- ciri pembaca berkualiti.      
4.      Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.

TARIKH PELAKSANAAN:
25 Ogos

MASA/TENTATIF  
1.50 – 2.30 petang

ANGGARAN KOS/BAHAN
RM 50.00 Sijil dan hadiah

SUMBER KOS/BAHAN
PCG PSS

TEMPAT
Bilik Anjung Mutiara, SMK Matang

SASARAN
Pelajar dan guru SMK Matang

JAWATANKUASA
Pengerusi                 : En. Zainal bin Haji Umar (Pengetua)
Naib Pengerusi       : En.Hasnul Hadi bin Abd Thamin (PK 1)
Penyelaras               : En.Halimatun binti Din (GK Kemanusiaan)
Setiausaha               : En. Adnan bin Abd Rahman
Bendahari                : Cik Nurasmarihan binti Zuhairi
AJK                            : Pn. Nor Hanim binti Aziz
   En.Mohd Fadeli bin Zakaria

TENTATIF PROGRAM
1.50 petang - Guru-guru mengambil tempat
2.00 petang - Ucapan Pengerusi Majlis
2.05 petang – Taklimat Pelaksanaan Program NILAM oleh GPM
2. 10 petang -  Taklimat Pengisian i NILAM
2. 20 petang – Penyampaian Anugerah Guru NILAM
2.25 petang – Ucapan  Pengetua
2.30 petang - Bersurai

PENUTUP

Majlis Anugerah Guru NILAM ini diharapkan menjadi pencetus pelaksanaan program galakan membaca yang lebih berkesan dikalangan guru dan dapat dijalankan secara berterusan.

LAPORAN

1.      Kehadiran/ Penyertaan

Semua guru Bahasa Melayu

2.      Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Majlis pengiktirafan guru NILAM pertama kali diadakan di SMK Matang  bagi mencetuskan motivasi pelaksanaan program galakan membaca yang lebih berkesan dikalangan guru dan dapat dijalankan secara berterusan. Seorang guru telah dipilih menerima anugerah NILAM Guru berdasarkan pencapaian pinjaman buku terbanyak di Pusat Sumber,melatih pelajar menyertai pertandingan Tokoh Nilam sehingga mencapai beberapa kejayaan dan melaksana program NILAM secara aktif kepada pelajar kelas yang diajar.


3.      Gambar



Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan NILAM

MATANG : Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan majlis penyampaian sijil pengiktirafan NILAM Tahap Jauhari dan sijil penghargaan kepada Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 yang akan menamatkan tugas mereka pada tahun 2014.

Pengawas Pusat Sumber  Ziezi Ezwanie Zainol Afandi  dan Siti Nur Asyira Mohamad Zainal          telah bertindak sebagai pengerusi  majlis berkenaan

Majlis bermula dengan  persembahan dari dua orang penerima anugerah pengiktirafan Nilam yang akan menyampaikan ulasan buku yang mereka baca.

Saudari Nur Syamimi Haji Mohamad Nor dari Kelas 501 telah menyampaikan ulasan sebuah buku berbahasa Inggeris. Buku ini merupakan salah sebuah buku daripada 306 buah buku yang telah beliau baca.

Seterusnya,  Saudari Ainin Sofia Khairusmawi dari Kelas 503 telah menyampaikan ulasan sebuah buku berbahasa Melayu. Buku ini adalah sebuah buku dari 297 buah buku yang beliau telah baca.

Sekarang tibalah masanya, majlis penyampaian sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari kepada pelajar-pelajar SMK Matang

Seramai 43 pelajar telah menerima sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari untuk anugerah Gangsa.


Penyampaian sijil untuk anugerah Gangsa telah disempurnakan oleh Penolong Kanan 1 En. Hasnul Hadi Abdullah Thamin.

Seramai tiga pelajar telah menerima hadiah dan sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari untuk anugerah Perak , seorang pelajar untuk anugerah Emas dan dua pelajar untuk anugerah Nilam.

Pengetua SMK Matang Encik Zakaria Othman telah menyampaikan sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari untuk anugerah Perak , Emas dan Nilam kepada pelajar terbabit

Selain itu, seramai empat Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 turut menerima sijil penghargaan kerana memberi sumbangan yang baik semasa memegang amanah sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.

Sekitar majlis penyampaian sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari dan sijil penghargaan kepada Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 


Ziezi Ezwanie Zainol Afandi  dan Siti Nur Asyira Mohamad Zainal sedang mempengerusikan majlis


Nur Syamimi sedang menyampaikan ulasan sebuah buku


Pengetua SMK Matang sedang menyampaikan sijil dan hadiah kepada Ainin Sofia Khairusmawi penerima anugerah Nilam


Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 Chua Poh Loo sedang menerima sijil penghargaan

No comments:

Post a Comment