Dropdown menu

Monday, October 29, 2018

Pusat Sumber Avicennia manfaat hutan paya bakau sebagai koleksi setempat

TAIPING : Pusat Sumber Avicennia SMK Matang memanfaatkan Hutan Paya Laut Matang sebagai koleksi setempat pusat sumber berkenaan.

Hutan Paya Laut Matang terletak di barat laut pantai Semenanjung Malaysia dan diiktiraf sebagai hutan paya laut yang diurus secara terbaik di dunia.

Guru Perpustakaan dan Media, Adnan Abd Rahman berkata, nama Avicennia yang digunakan Pusat Sumber SMK Matang diambil dari nama saintifik bagi pokok Api-Api sejenis tumbuhan pokok Bakau yang terdapat di kawasan berpaya ini.

“ Kawasan hutan yang berbentuk seperti bulan sabit ini terletak di dalam daerah Kerian, Larut Matang dan Manjung dan dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 40,537.6 hektar.

“ Hutan ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Daerah Larut Matang, Hutan Paya Laut  Matang dikelaskan sebagai kelompok Hutan Paya Bakau terbesar di Semenanjung Malaysia” katanya ketika ditemui selepas penilaian pusat sumber peringkat negeri Perak di sekolah berkenaan.


Adnan berkata, Pusat Sumber Avicennia telah menjadi johan pusat sumber daerah Larut Matang dan Selama dan mewakili daerah berkenaan ke pertandingan peringkat negeri
“Kemampuan pusat sumber sekolah ini memanfaatkan keistimewaan Hutan Paya Laut Matang banyak membantu kejayaan pusat sumber ini
“ Pelbagai koleksi berkaitan hutan ini telah diadakan oleh pusat sumber dan pihak sekolah seperti model Relau Arang atau Gok Arang dan pameran ” katanya
Beliau berkata, pihak sekolah ini juga telah membuat hubungan baik dengan Pusat Pendidikan Hutan Paya Laut Matang yang terletak di Kuala Sepetang
“ Jaringan hubungan ini telah membantu pusat sumber mendapatkan koleksi bahan untuk pameran Hutan Paya Laut Matang
“ Pihak sekolah juga telah mendapat kerjasama yang baik dari Pusat Pendidikan Hutan Paya Laut Matang untuk mengadakan aktiviti seperti lawatan dan perkhemahan” katanya
Menurutnya, aktiviti bicara bakau telah diadakan oleh pusat sumber semasa majlis penilaian pusat sumber peringkat negeri
“ Pusat sumber menjemput Abdullah Jaafar, NYDP PIBG SMK Matang yang puluhan tahun berpengalaman dalam mengendalikan Gok Arang menceritakan pengalaman beliau
“ Hutan Paya Laut Matang adalah hutan produktif yang berfungsi sebagai zon pengeluaran arang kayu untuk dieksport ke luar negara “ katanya
Tambahnya, koleksi setempat pusat sumber Avicennia bukan sehaja bertujuan memberi maklumat tentang hutan paya bakau malah mahu mengajak warga SMK Matang terutama pelajar memelihara khazanah berharga ini dari pupus

“  Hutan paya bakau merupakan satu kawasan ekosistem yang harus dipelihara bagi mengelakkan berlaku sebarang kemusnahan di kawasan ini. 

“ Masyarakat akan rugi jika membiarkan tanah paya bakau mengalami kemusnahan kerana negara akan kehilangan satu ekosistem alam yang unik dan tidak terdapat di kawasan lain”katanya

Sementara itu, Adnan berkata peluang Pusat Sumber Avicennia untuk menang di peringkat negeri adalah tipis kerana penilaian peringkat negeri lebih mengutamakan instrumen keistimewaan sekolah 

" Mereka mahu lihat ada beberapa pelajar SMK Matang yang menjadi johan di peringkat kebangsaan, mereka mahu ada penglibatan pihak sekolah di peringkat antarabangsa. 

" Pelajar sekolah ini adalah pelajar sederhana luar bandar jadi nak cari seorang pelajar yang begitu cemerlang menjadi johan peringkat kebangsaan tidak sama dengan sekolah yang mempunyai ramai pelajar cemerlang" katanya

Katanya, jika instrumen keistimewaan sekolah diutamakan adalah lebih baik pertandingan ini meletakkan syarat penyertaannya kepada sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar cemerlang menjadi johan peringkat kebangsaan dan antarabangsa


No comments:

Post a Comment