Dropdown menu

AKTIVITI PROMOSI

AKTIVITI PROMOSI / PUBLISITI
PUSAT SUMBER SMK MATANG

PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Promosi Pusat Sumber merangkumi pelbagai usaha menjual, mengiklan, menghebah serta mewujudkan suatu perhubungan yang baik dan berkesan dengan pengguna dan komuniti setempat melalui teknik dan strategi yang terancang dan sistematik agar mereka mendapat manfaat yang optimum dari kewujudan Pusat Sumber tersebut. 

OBJEKTIF

1.    Menjana budaya suka mengunjungi Pusat Sumber

2.    Menghebahkan kepentingan Pusat Sumber

3.    Menyedarkan pelajar dan guru tentang kemudahan Pusat Sumber

4.    Menarik perhatian pelajar dan guru terhadap aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh Pusat Sumber 

BENTUK PROMOSI:
Promosi melalui
-         Blog
-         Buletin
-         Brosur
-         Info Perhimpunan
-         Banting

MASA/TENTATIF         
Sepanjang Tahun   
      
TEMPAT
Semua lokasi sekolah

SASARAN
Pelajar , guru dan PIBG SMK Matang

ANGGARAN KOS/BAHAN
RM 100.00

AJK PELAKSANA
Pengerusi                    : En. Zakaria bin Othman (Pengetua)
Naib Pengerusi            : En. Hasnul Hadi bin Abd Thamin (PK 1)
Penyelaras                   : Pn. Halimaton binti Hamid (GK Kemanusiaan)
Setiausaha                   : En. Adnan bin Abd Rahman
Bendahari                    : En. Mohamad Fadeli bin Zakaria
AJK                              : Cik Nur Asmarihan binti Zuhairi
   Pn. Nur Hanim binti Abdul Aziz

PENUTUP
Diharapkan melalui aktiviti promosi / publisiti yang akan dijalankan , pelajar , guru dan komuniti sekolah berminat untuk mengunjungi Pusat Sumber SMK Matang

GAMBAR PROMOSI

Blog

Buletin

Brosur

Info Perhimpunan


Banting

No comments:

Post a Comment