Dropdown menu

PEMBANGUNAN STAF

PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK MATANG
UNTUK STAF DAN MURID

1.                   Pengenalan:
Berdasarkan motto  ‘pembelajaran sepanjang hayat’  Pusat Sumber SMK Matang meneruskan agenda pembangunannya dengan merancang aktiviti bagi merealisasikan budaya ilmu dan memenuhi kehendak Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Selaras dengan keperluan proses pendidikan pada era yang kian mencabar ini, beberapa anjakan paradigma perlu dijalankan oleh warga pendidik dan pelajar. Justeru, demi merealisasikan hasrat ini, beberapa program dan aktiviti pembangunan PSS dirancang dan dijalankan di peringkat sekolah.

2.             Matlamat:
Segala aktiviti yang dirancang diharapkan dapat memenuhi kehendak Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Program pembangunan PSS ini diharap dapat menjadi  input kepada guru-guru dan pelajar.

3.             Objektif:
1.        Meningkatkan penggunaan PSS dalam kalangan guru dan pelajar.
2.        Menggalakkan peningkatan kualiti proses Pengajaran dan Pembelajaran.

3.        Mewujudkan kerjasama dan daya kepimpinan dalam kalangan jawatankuasa PSS yang terdiri dari guru-guru dan pengawas PSS.

4.                Cadangan Tarikh:
                Sepanjang sesi persekolahan 

5.             Tempat:
                Pusat Sumber Sekolah SMK Matang

6.             Kumpulan Sasaran:
                Semua guru dan pelajar SMK Matang  

7.             Kewangan
                Bergantung kepada aktiviti atau program yang akan dijalankan.

8.                      Perancangan Aktiviti untuk Guru:
8.1                Bengkel VLE Frog
8.2                Bengkel i NILAM
8.3                Bengkel Kemahiran Perpustakaan

9.                      Perancangan Aktiviti untuk Murid:
9.1                Bengkel Penggunaan Sistem Automasi
9.2                Sudut Kenali Buku
9.3                Bengkel Pemprosesan Buku
9.4                Bengkel Susunan Bahan
9.5                Bengkel Kemahiran Komunikasi – Pengacara Majlis

10.                   Penutup

Segala yang dirancang diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat meningkatkan  pengurusan PSS dengan berkesan, mantap dan sistematik. Sebenarnya program-program yang dicadangkan di bawah Pembangunan PSS ini secara langsung dan tidak langsung berkait rapat dengan program-program yang boleh dirancang di bawah Pembangunan PSS.

 Gambar



1 comment: