Dropdown menu

Sunday, March 1, 2015

Kuiz Kenali Sasterawan Negara dapat sambutan

MATANG : Kuiz Kenali Sasterwan Negara anjuran Pusat Sumber SMK Matang mendapat sambutan baik dari pelajar SMK Matang

Setiausaha Kelab Pusat Sumber , Durka a/p Subramaniam berkata kuiz ini diadakan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.

” Kuiz ini bertujuan menghargai dan mengenang jasa Sasterawan Negara yang turut terlibat membangkitkan semangat nasionalisme rakyat melalui penulisan mereka.

” Promosi untuk kuiz ini telah dibuat semasa majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah” katanya

Durka berkata, kesemua 12 orang tokoh Sasterawan Negara ini telah memberi sumbangan dalam pembinaan negara yang merdeka.

” Pusat Sumber telah mempamerkan gambar, biodata dan karya 12 Saterawan Negara di ruang Pameran Bertema Pusat Sumber SMK Matang.

” Sebanyak 20 soalan kuiz telah disediakan dan pelajar yang berminat boleh menyertai kuiz semasa waktu rehat” jelasnya

Katanya, kuiz ini telah memberi ruang kepada pelajar mengenali tokoh Sasterawan Negara seperti A.Samad Said, Tongkat Warrant, Keris Mas dan lain-lain.

Sementara itu, majlis penyampaian hadiah bagi Kuiz Kenali Sasterwan Negara telah diadakan semasa majlis penutup Bulan Kemerdekaaan peringkat sekola

Berikut adalah pemenang bagi pertandingan Kuiz Kenali Sasterwan Negara :

Pertama     : Nur Syahirah binti Mohd Tahir – 301

Kedua        : Siti Nur Fatin Ajeerah binti Mokhtar – 301

Ketiga       : Siti Farah Husna binti Mohd Fauzi – 301

Saguhati    : 1. Ahmad Daniel Afif bin Ahmad Zahid – 206
                  2. Muhamad Suhairi bin Sabri – 205
                  3. Syaidatul Nadrah binti Rosli - 301

No comments:

Post a Comment