Dropdown menu

Friday, March 6, 2015

Pasukan Sepak Takraw terbaik

MATANG : Pasukan Sepaktakraw SMK Matang mencatat pencapaian terbaik apabila dipilih menerima Anugerah Kokurikulum Terbaik keseluruhan SMK Matang bagi tahun 2014.

Pengumuman kejayaan pasukan Sepak Takraw ini dibuat semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Matang.

Pasukan Sepak Takraw juga memenangi anugerah terbaik bagi kategori sukan dan permainan.

Kelab Koperasi SMK Matang  telah dipilih menerima anugerah terbaik bagi kategori kelab dan persatuan. Manakala Pasukan St. John Ambulans menerima anugerah terbaik bagi kategori unit beruniform.


Majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Matang telah disempurnakan Pengetua SMK Matang En. Zakaria Othman

Guru Penasihat Pasukan Sepak Takraw En. Mohd Faris Mat Khamis dan En. Muhamad Suhaimi Mokhtar telah menerima anugerah berkenaan.


AJK Badan Beruniform, Sukan serta Persatuan dan Kelab termasuk AJK Kelab Pusat Sumber turut menerima sijil penghargaan masing-masing

No comments:

Post a Comment