Dropdown menu

RANCANGAN PEMBANGUNAN JANGKA MASA PANJANG

PERANCANGAN JANGKA MASA PANJANG
PEMBINAAN PONDOK ILMU
PUSAT SUMBER SEKOLAH
2015 -2020

1.0 PENDAHALUAN 
Pusat Sumber SMK Matang bercadang untuk membina lima buah pondok ilmu untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah selain berfungsi sebagai tempat membaca pelajar. Pondok Ilmu adalah sebagai satu cara pendekatan Pusat Sumber SMK Matang bagi menggalakkan murid-murid menambah ilmu pengetahuan. Pondok Ilmu akan memberi kemudahan bahan bacaan kepada para murid yang tidak berkesempatan pergi ke Pusat Sumber. Murid-murid lebih mudah berinteraksi, bertukar pendapat dan berbincang dengan lebih bebas dalam kumpulan yang lebih kecil tanpa menggangu murid yang lain. Murid-murid juga dapat menambahkan bilangan bahan bacaan dalam buku rekod nilam mereka.Di samping itu, pembinaan pondok tersebut adalah bertujuan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah dan aktiviti- aktiviti yang memerlukan murid-murid melakukan pergerakan di ruang yang lebih kondusif.

2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Cadangan tempat di mana pondok ilmu ini akan dibina bersebelahan Makmal Sains dan berhampiran dengan Taman Herba Sains
2.2 Keluasan yang dicadangkan untuk membina pondok ilmu ini adalah dalam anggaran 2,000 kaki persegi.
2.3 Reka bentuk pondok ilmu yang dicadangkan adalah sebagaimana contoh yang dilampirkan.

3.0          OBJEKTIF
3.1 Menggalakkan para murid menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu kelas atau rakan sekelas dalam suasana pembacaan yang lebih santai
3.2 Menwujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong murid lebih bersemangat untuk menjadi murid yang cemerlang
3.3 Membudayakan sikap membaca di mana sahaja sahaja mereka berada

4.0 RASIONAL
4.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar pada waktu yang terluang
4.2 Membangunkan kawasan sedia ada menjadi lebih bermanfaat kepada pelajar

5.0 PERANCANGAN
5.1 Satu projek jangka panjang yang boleh digunapakai untuk pelajar pada jangka waktu yang lama
5.2 Tempat yang lebih kondusif untuk aktiviti-aktiviti pelajar seperti latihan membaca, aktiviti individu dan juga kerja atau aktiviti berkumpulan murid.
5.3 Tempat berteduh untuk murid-murid membaca atau membuat kerja sekolah pada waktu terluang

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
6.1           Sila rujuk lampiran  
7.0 JAWATANKUASA

Pengerusi
En. Zainal bin Haji Umar ( Pengetua)
Naib Pengerusi 1
En. Hasnul Hadi bin Abd. Thamin (PK 1)
Penyelaras
 Cik Halimaton bin Hamid (GK Kemanusiaan)
Setiausaha
En. Adnan bin Abd Rahman
Bendahari
Pn. Nor Hanim bin Abdul Aziz
AJK
Cik Nur Asmarihan bin Zuhari
Semua Ketua Panitia



8.0. RUMUSAN

 Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan amat terhad. Justeru, dengan sukacitanya pihak Jawatankuasa Pembinaan Pondok Ilmu  SMK Matang memohon sumbangan daripada pihak dalaman dan luaran sekolah sama ada daripada Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan berkanun, Syarikat-syarikat swasta dan orang perseorangan. Semoga hasrat Pusat Sumber untuk membina lima Pondok Ilmu bagi memupuk tabiat membaca dan belajar akan tercapai.


9.0. GAMBAR




No comments:

Post a Comment