Dropdown menu

Friday, March 6, 2015

Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Nilam

MATANG : Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan majlis penyampaian sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari dan sijil penghargaan kepada Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 yang akan menamatkan tugas mereka pada tahun 2014.

Pengawas Pusat Sumber  Ziezi Ezwanie Zainol Afandi  dan Siti Nur Asyira Mohamad Zainal          telah bertindak sebagai pengerusi  majlis berkenaan

Majlis bermula dengan  persembahan dari dua orang penerima anugerah pengiktirafan Nilam yang akan menyampaikan ulasan buku yang mereka baca.

Saudari Nur Syamimi Haji Mohamad Nor dari Kelas 501 telah menyampaikan ulasan sebuah buku berbahasa Inggeris. Buku ini merupakan salah sebuah buku daripada 306 buah buku yang telah beliau baca.

Seterusnya,  Saudari Ainin Sofia Khairusmawi dari Kelas 503 telah menyampaikan ulasan sebuah buku berbahasa Melayu. Buku ini adalah sebuah buku dari 297 buah buku yang beliau telah baca.

Sekarang tibalah masanya, majlis penyampaian sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari kepada pelajar-pelajar SMK Matang

Seramai 43 pelajar telah menerima sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari untuk anugerah Gangsa.


Penyampaian sijil untuk anugerah Gangsa telah disempurnakan oleh Penolong Kanan 1 En. Hasnul Hadi Abdullah Thamin.

Seramai tiga pelajar telah menerima hadiah dan sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari untuk anugerah Perak , seorang pelajar untuk anugerah Emas dan dua pelajar untuk anugerah Nilam.

Pengetua SMK Matang Encik Zakaria Othman telah menyampaikan sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari untuk anugerah Perak , Emas dan Nilam kepada pelajar terbabit

Selain itu, seramai empat Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 turut menerima sijil penghargaan kerana memberi sumbangan yang baik semasa memegang amanah sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.

Sekitar majlis penyampaian sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari dan sijil penghargaan kepada Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 


Ziezi Ezwanie Zainol Afandi  dan Siti Nur Asyira Mohamad Zainal sedang mempengerusikan majlis


Nur Syamimi sedang menyampaikan ulasan sebuah buku


Pengetua SMK Matang sedang menyampaikan sijil dan hadiah kepada Ainin Sofia Khairusmawi penerima anugerah Nilam


Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 Chua Poh Loo sedang menerima sijil penghargaan


No comments:

Post a Comment