Dropdown menu

INOVASI

INOVASI DALAM PENERBITAN
BULETIN PUSAT SUMBER
SMK MATANG

1.0 PENDAHULUAN

Penerbitan Buletin Pusat Sumber merupakan satu usaha yang dijalankan oleh  Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber bagi merakam segala perjalanan aktiviti Pusat Sumber dan Kelab Pusat Sumber juga perjalanan aktiviti sekolah sepanjang tahun persekolahan sama ada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum. Penerbitan ini juga turut merakamkan kenangan yang manis untuk setiap warga Pusat Sumber SMK Matang sama ada dari kalangan gurumahu pun murid dengan turut serta terlibat di dalam penerbitan buletin ini.


2.0 RASIONAL

2.1 Buletin Panitia Pusat Sumber ini diterbitkan untuk merakamkan segala aktiviti Pusat Sumber  yang dijalankan sepanjang sesi persekolahan dalam tahun semasa di sekolah.

2.2 Sebagai tanda ingatan kepada warga Pusat Sumber SMK Matang secara keseluruhan di dalam mengekal dan meningkatkan prestasi Pusat Sumber Sekolah

3.1 Sebagai salah satu dokumentasi Pusat Sumber SMK Matang.


3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada Pengawas Pusat Sumber untuk menonjolkan bakat dalam menulis berita

3.2 Mewujudkan kerjasama secara bersama antara Pengawas Pusat Sumber dengan pelajar dan antara Pengawas Pusat Sumber dengan guru dalam menghasilkan bahan penerbitan yang berkualiti.

3.3 Penerbitan ini juga bertujuan supaya warga luar sekolah dapat mengetahui segala aktiviti dan pencapaian yang diperoleh oleh Pusat Sumber SMK Matang


4.0 TARIKH PENERBITAN

Sepanjang tahun 2015, disasarkan buletin ini akan diterbitkan sebanyak tiga kalimerangkumi tempoh masa berikut:

September 2014 – Februari 2015 diterbitkan pada minggu ketiga bulan Mac


Mac – Jun diterbitkan pada minggu ketiga bulan Jun


Julai - September diterbitkan pada minggu ketiga bulan Oktober


 5.0 SASARAN

Semua warga SMK Matang terutama Pengawas Pusat Sumber yang terlibat dengan penulisan berita dalam penerbitan ini. Semua murid dan guru boleh membaca buletin ini di Pusat Sumber.

  
6.0 ISI KANDUNGAN

Antara kandungan buletin ini ialah :

6.1 Berita-berita tentang aktiviti Pusat Sumber  dan Kelab Pusat Sumber

6.2 Berita - berita kejayaan sekolah

6.3 Maklumat terkini tentang Pusat Sumber SMK Matang


7.0 JAWATANKUASA

Pengerusi                   : En. Adnan bin Abd Rahman (GPM)
Naib Pengerusi          : En. Mohamad Hafizol bin Haron (Guru Bestari)
Setiausaha                  : En.Mohd Fadeli bin Zakaria
Bendahari                   : Pn. Nurasmarihan binti Zuhairi
AJK                              : Semua Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 4

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Dianggarkan pada setiap kali penerbitan akan menggunakan 4 helai kertas berkualiti bersaiz A4. Bagi setiap helaian kertas, terdapat 4 ruangan. Cara cetakan dilakukan ialah menggunakan kaedah
2 in 1dan cetakan warna

Rekabentuk buletin dilakukan oleh GPM dengan bantuan seorang pereka grafik yang berkhidmat dalam perniagaan penerbitan .
Setiap edisi buletin, hanya 10 keping dicetak dengan kos RM 50.00
Buletin ini  akan dilimanasi dan diletakkan di ruangan majalah untuk bacaan pelajar dan guru.

9.0 PENUTUP


Melalui penerbitan Buletin Pusat Sumber SMK Matang ini secara tidak langsung dapat menyuntik semangat kepada Pengawas Pusat Sumber untuk bertugas dengan rajin disampingmenambah pengetahuan mereka menulis berita. Buletin ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu bahan dokumentasi yang memaparkan nostalgia dan iktibar tentang kejayaan sekolah

10.0 GAMBAR


Pengawas PSS dilatih menulis berita


Muka Depan Buletin PSS

Muka Tengah Buletin PSS

Muka Akhir Buletin PSS




No comments:

Post a Comment