Dropdown menu

Sunday, August 30, 2015

Info PSS : Nadi Ilmu Amalan Membaca ( NILAM )

Apa itu NILAM?


logo-nilam

LATAR BELAKANG
Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.
Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Saturday, August 29, 2015

Pusat Sumber Avicennia ? Apa itu Avicennia ?

Pokok Api-api

 http://www.thedauphins.net/sitebuildercontent/sitebuilderpictures/8-BlackMangrove-AvicenniaGerminans-2.jpg

Pokok Api-api adalah sejenis tumbuhan pokok Bakau yang terdapat di kawasan berpaya. Nama sainsnya Avicennia spp.

Pokok Api-api merujuk kepada beberapa spesies pokok bakau yang tumbuh di kawasan berpaya. Antara spesies Api-api adalah:-

  1. Pokok Api-api Bulu ("Avicennia lanata Ridl")
  2. Pokok Api-api Jambu ("Avicennia marina (Forsk.) Vierh.")
  3. Pokok Api-api Puteh ("Avicennia alba Bl.")
  4. Pokok Api-api Ludat ("Avicennia rumphiana")
Pokok ini boleh dikenal pasti melalui buahnya yang berbulu dan bahagia bawah daun yang berbulu. Bulu pada daun menyimpan air dengan memerangkap lapisan udara dan dengan itu mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan.
Di sesetengah tempat,buahnya direbus dan dimakan, kadang kala ia dijual sebagai sayuran. Bunganya wangi dan menghasilkan madu dan didebungakan oleh serangga. Avicennia menghasilkan antara madu yang terbaik.

Info PSS : Kenali 1Bestarinet VLE Frog

KENALI 1BESTARINET VLE FROG KPM

Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1Bestarinet, yang merupakan inisiatif KPM dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.

POSTER 1

Info PSS : Literasi Maklumat

LITERASI MAKLUMAT

KONSEP LITERASI MAKLUMAT
Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

Kepentingan Literasi Maklumat


Dasar pembangunan negara:
  1. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
  2. Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
  3. Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT
  4. Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu,   berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  5. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
  6. Pembangunan ICT dalam pendidikan
  7. Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
  8. Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup

Dari aspek Ekonomi
Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
  1. Organisasi  maya (Virtual Organization)
  2. Bertindak  sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
  3. Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang      pelbagai
  4. Penggunaan   komputer dan sistem elektronik
  5. Setiap   organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning      Organization)

Monday, August 17, 2015

Pengawas PSS promosi buku sempena merdeka

MATANG : Bersempena dengan sambutan Bulan Kemerdekaan Negara, Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan promosi siri buku baru berkaitan sejarah yang terdapat di Pusat Sumber
                                                    Pengawas Pusat Sumber Lim Jia dan Tan Xue Lin telah mengendalikan aktiviti promosi buku berkenaan.

Lim Jia memberitahu siri buku yang pertama ialah Siri Pahlawan Terbilang Negara. Siri ini menceritakan kisah perjuangan tokoh-tokoh pejuang negara di negeri-negeri di Tanah Melayu . 

" Siri ini amat sesuai untuk dibaca para pelajar sebagai cara menambah pengetahuan berkaitan sejarah . 

" Terdapat enam buah buku dalam siri buku ini .Antaranya ialah, Pahlawan Terbilang Terengganu, Pahlawan Terbilang Perak, Pahlawan Terbilang Kelantan, Pahlawan Terbilang Sarawak, Pahlawan Terbilang Sabah, Pahlawan Terbilang Pahang

Tuesday, August 11, 2015

Persiapan sambut merdeka Pusat Sumber SMK Matang

MATANG : Kelab Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan persiapan menyambut bulan kemerdekaan pada 12 Ogos di Pusat Sumber.

Naib Bendahari Kelab PSS , Syaidatul Nadrah Rosli berkata, Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Matang bermula pada 7 Ogos sehingga 16 September.


" Pelancarannya dibuat pada 7 Ogos dan disempurnakan oleh Pengetua SMK Matang, En. Zakaria Othman di Dataran Perhimpunan

" Pada majlis pelancaran semua pelajar bersama-sama menyanyikan lagu - lagu patriotik  sperti Sehati Sejiwa dan Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta " katanya

Monday, August 10, 2015

Kelab PSS anjur Jejak Maklumat ASEAN

MATANG : Pertandingan Jejak Maklumat ASEAN anjuran Kelab Pusat Sumber SMK Matang yang berkonsepkan Eksplore Race telah mendorong penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam papan carta informasi ASEAN yang dipamerkan di laluan ilmu , SMK Matang.

Penasihat Kelab Pusat Sumber En. Mohd Fadeli Zakaria, peserta dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi enam ahli

" Setiap kumpulan diberi satu set kertas soalan yang memerlukan mereka mencari jawapan bagi 45 soalan yang disediakan

" Masa yang diberi selama sejam, terpulang kepada setiap kumpulan menggunakan strategi mendapat jawapan yang tepat dalam masa yang ditetapkan" katanya

Beliau berkata, pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti serta menguji semangat berpasukan setiap peserta dalam kumpulan. 

" Semua kumpulan berjaya mendapatkan jawapan pada masa yang ditetapkan dan pemenang ditentukan berdasarkan jumlah jawapan yang tepat.

" Sekiranya, jawapan yang tepat sama jumlahnya maka pemenang yang mengambil masa paling cepat dikira sebagai pemenang" katanya

Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber tahun 2015

MATANG : Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2015.

Pengetua SMK Matang, En. Zakaria Othman telah menyempurnakan majlis perlantikan ini dengan menyampaikan sijil perlantikan kepada 14 orang pelajar semasa majlis perhimpunan sekolah di sini.

Setiausaha  Pengawas Pusat Sumber, Siti Nur Asyira Mohamad Zainal berkata, 14 pelajar ini telah melalui tempoh percubaan selama 3 bulan sebagai Pengawas Pusat Sumber sebelum dilantik secara rasmi.

”  Mereka telah menjalani temuduga yang diadakan pada Pertengahan Februari dan lulus dalam tempoh percubaan selama 3 bulan.

“ Kesemua mereka akan memulakan tugas secara rasmi sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang” katanya semasa mempengerusikan majlis perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.