Dropdown menu

Friday, November 24, 2017

SMK Matang terima Pengetua baru

MATANG : Pusat Sumber Avicennia SMK Matang mengalu-alukan kedatangan Pengetua baru En. Zainal bin Umar yang memulakan tugasnya secara rasmi di SMK Matang, bermula pada 24 November 2017.

En. Zainal bin Umar menggantikan En. R. Karunagaran A/L S. Raman  yang berpindah ke SMK Methodist , Sungai Siput.

Sebelum dilantik sebagai Pengetua SMK Matang, En. Zainal bin Umar  adalah Penolong Kanan HEM di SMK Buntong, Ipoh.

Pada hari pertama menjejakkan kaki di SMK Matang En. Zainal bin Umar sempat bertemu dengan pelajar SMK Matang dalam satu perjumpaan ringkas .

Beliau juga mengambil kesempatan bertemu dengan guru-guru dan kakitangan SMK Matang selepas perjumpaan dengan pelajar.

Tuesday, November 7, 2017

Kelab Pusat Sumber kekal terbaik


MATANG : Kelab Pusat Sumber kekal memenangi Anugerah Kelab dan Pesatuan terbaik sempena Hari Anugerah Kokurikulum SMK Matang.

Majlis ini disempurnakan perasmiannya oleh YDP PIBG SMK Matang Abdul Rahman Said di Dataran Perhimpunan , SMK Matang


Penolong Kanan Kokurikulum , Roslan Osman berkata, Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum adalah satu majlis yang dirancang khas untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada para pelajar dan barisan pemimpin pelajar sekolah ini.

" Majlis ini juga digarap bagi menonjolkan para pelajar yang telah mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2017 

" Di samping memberi apresiasi kepada barisan kepimpinan pelajar yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi" katanya

Menurutnya, Hari Anugerah Kokurikulum diharap memberikan semangat aspirasi dan motivasi kepada semua warga sekolah agar terus berusaha melakar kejayaan dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah mahupun negeri dan kebangsaan. 

Perkhemahan Badan Beruniform padat aktiviti

MATANG : Unit Kokurikulum SMK Matang telah menganjurkan satu perkhemahan perdana badan beruniform di Kem PERASA Autocamp pada 6 hingga 7 Oktober yang lalu.
Perkhemahan tersebut telah disertai oleh pelajar seramai hampir 97 orang yang mewakili badan beruniform masing-masing yang terdiri daripada Pengakap, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah , Puteri Islam, St John Ambulance dan Kadet JPJ.
Penolong Kanan Kokurikulum , Roslan Osman berkata PERASA Autocamp adalah sebuah tapak perkhemahan di kawasan kebun buah-buahan dan di kaki Bukit Jelutong.
“ Sejuk, tenteram, nyaman, jauh daripada kebisingan dan kesibukkan kota. Dikelilingi oleh alam semulajadi yang menghijau dengan flora dan fauna yang tidak dapat dilihat di bandar-bandar

SMK Matang mampu lakar kecemerlangan

MATANG : Kejayaan SMK Matang memenangi beberapa anugerah semasa Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Daerah Larut Matang dan Selama membuktikan sekolah berkenaan mampu bersaing dan melakar kecemerlangan

YDP PIBG SMK Matang , Abdul Rahman Said berkata, kejayaan ini adalah usaha keras pentadbir sekolah , guru-guru dan pelajar sekolah ini.

“ SMK Matang telah memenangi Anugerah Pengurusan Terbaik VLE Sekolah  Menengah kategori 4G dan kategori Class Room Make Over 

“ Manakala Guru Penyelaras Bestari sekolah ini , Mohamad Hafizul Harun memenangi kategori Guru Paling Aktif”, katanya

Selain itu, SMK Matang juga turut menjadi johan bagi Anugerah Pengurusan NILAM Terbaik Daerah Larut Matang dan Selama.

Monday, November 6, 2017

Majlis Persaraan Cikgu Nor Saida

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

MATANG : Tanggal 31 Oktober 2017 satu majlis perpisahan ‘Sekalung Budi, Sentuhan Abadi’ khas untuk Cikgu Nor Saida Hassan telah diadakan dalam suasana yang ceria di sebalik rasa sedih dengan persaraan seorang guru yang lama menabur bakti khususnya di SMK Matang

Beliau yang meninggalkan kerjaya perguruan setelah berkhidmat selama lebih 30 tahun diraikan dalam satu majlis khas.

Majlis dimulakan dengan dengan sambutan ketibaan Cikgu Nor Saida ke Dataran perhimpunan, kemudian diiring ke singgahsana khas yang disediakan. Majlis kemudianya dieruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmadan dan diikuti ucapan tuan pengetua.