Dropdown menu

Saturday, March 7, 2015

Bekas pengawas PSS peroleh keputusan 7A SPM

MATANG : Bekas Pengawas Pusat Sumber SMK Matang Durga Devi a/p Letcumanan menjadi antara pelajar terbaik SPM SMK Matang apabila memperoleh keputusan 7A.

Seorang lagi pelajar yang mendapat keputusan 7A ialah Ko Chia Ling

Keputusan SPM tahun 2014 telah diumumkan pada hari Selasa 3 Mac 2015.



Pasukan Sepak Takraw Naib Johan LMS

TAIPING : Pasukan Sepak Takraw SMK Matang mencatat kecemerlangan apabila menjadi Naib Johan Pertandingan Sepak Takraw bawah 15 tahun dan tempat ketiga bagi kategori bawah 18 tahun daerah Larut Matang dan Selama.

Jurulatihnya, En. Mohd Faris Mat Khamis berkata, pasukan bawah 15 tahun tewas dalam perlawanan akhir kepada SMK Datuk Husin yang merupakan sekolah projek untuk Sepak Takraw daerah LMS.

" Seramai 7 pemain SMK Matang telah terpilih mewakili daerah LMS untuk bertanding di peringkat negeri

Temuduga Pengawas Pusat Sumber SMK Matang

MATANG : Seramai 12 pelajar telah dipanggil untuk menghadiri temuduga bagi pemilihan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang tahun 2015.

Temuduga berkenaan telah dikendali oleh Guru GPM En. Adnan Abd Rahman pada minggu ketiga persekolahan di Pusat Sumber SMK Matang.

Menurut En. Adnan, pelajar yang terpilih selepas menjalani temuduga ini akan mengikuti tempoh percubaan sebagai Pengawas Pusat Sumber selama dua bulan bermula Mac 2015.

" Keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 1 dan 4, namun pelajar lain yang layak juga akan diberi peluang.

" Pelajar yang melepasi tempoh percubaan dengan baik akan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang secara rasmi. " katanya

Ziezi Ezwanie , Pengerusi Pengawas Pusat Sumber SMK Matang 2015

MATANG : Pusat Sumber SMK Matang selesai menjalankan perlantikan Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber SMK Matang bagi tahun 2015.

Ziezi Ezwanie Zainol Afandi dari kelas 501 telah dipilih sebagai Pengerusi Pengawas Pusat Sumber SMK Matang bagi tahun 2015 , manakala Lee Chin Sun juga dari kelas 501 dipilih sebagai Timbalan Pengerusi.


Mesyuarat perlantikan tersebut diadakan pada minggu pertama persekolahan 2015 di Pusat Sumber SMK Matang.

Sementara itu, semua kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta badan beruniform telah mengadakan mesyuarat agung masing-masing bagi memilih ahli jawatankuasa yang untuk tahun  2015.

Friday, March 6, 2015

Buletin PSS SMK Matang Edisi Jan 2015

Buletin PSS SMK Matang Edisi Nov 2014


PENGGUNAAN PSS : PANDUAN KEPADA PELAJAR

 1.          Anda tidak dibenarkan masuk ke PSS tanpa guru pengiring@guru matapelajaran kamu kecuali pada pada waktu rehat. Tunggu guru anda di luar PSS.

2.                  Jangan membuat bising dan menggangu pelajar lain semasa berada di dalam PSS


3.                 Yang suka makan gula-gula, tolong makan di luar PSS kerana pelajar yang tidak bertanggungjawab telah membuang sampah merata-rata tempat di dalam PSS.

Pasukan Sepak Takraw terbaik

MATANG : Pasukan Sepaktakraw SMK Matang mencatat pencapaian terbaik apabila dipilih menerima Anugerah Kokurikulum Terbaik keseluruhan SMK Matang bagi tahun 2014.

Pengumuman kejayaan pasukan Sepak Takraw ini dibuat semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SMK Matang.

Pasukan Sepak Takraw juga memenangi anugerah terbaik bagi kategori sukan dan permainan.

Kelab Koperasi SMK Matang  telah dipilih menerima anugerah terbaik bagi kategori kelab dan persatuan. Manakala Pasukan St. John Ambulans menerima anugerah terbaik bagi kategori unit beruniform.

Pengiraan stok akhir buku-buku PSS

MATANG : Mulai 10 November 2014,  Pusat Sumber SMK Matang  telah ditutup untuk tujuan pengiraan stok akhir buku-buku PSS sehingga akhir tahun 2014.

Seramai sembilan Pengawas Pusat Sumber terbabit dalam aktiviti pengiraan stok yang mengambil masa selama tujuh hari untuk disiapkan.

Pujian harus diberi kepada Pengawas Pusat Sumber yang dapat menyelesaikan tugas walaupun aktiviti pengiraan stok ini agak memenatkan.

Aktiviti pengiraan stok akhir buku-buku PSS memerlukan Pengawas Pusat Sumber mengeluarkan semua buku-buku di setiap rak , merekodkan nombor perolehan setiap buku dalam borang yang disediakan.

SMK MATANG Naib Johan PSS Cemerlang

MATANG : SMK Matang dipilih sebagai naib johan bagi Anugerah PSS Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Gred B, Daerah Larut Matang dan Selama.

Pengumuman keputusan itu dibuat semasa Majlis Anugerah NILAM dan PSS Cemerlang di Taiping Sentral Mall , Taiping.

SMK Taman Panglima telah menjadi johan dan SMK Klian Pauh ditempat ketiga dalam kategori berkenaan.

Bagi Anugerah Anugerah PSS Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Gred A, SMK Tengku Menteri telah menjadi johan.

Buletin Pusat Sumber dilancarkan

MATANG : Pusat Sumber SMK Matang telah menerbitkan Buletin Pusat Sumber untuk bacaan warga SMK Matang.

Pengetua SMK Matang En. Zakaria Othman telah melancarkan buletin berkenaan semasa  majlis penyampaian sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari.

Buletin Pusat Sumber ini memuatkan berita aktiviti Kelab Pusat Sumber dan Pusat Sumber serta maklumat berkaitan Pusat Sumber SMK Matang

Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Nilam

MATANG : Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan majlis penyampaian sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari dan sijil penghargaan kepada Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5 yang akan menamatkan tugas mereka pada tahun 2014.

Pengawas Pusat Sumber  Ziezi Ezwanie Zainol Afandi  dan Siti Nur Asyira Mohamad Zainal          telah bertindak sebagai pengerusi  majlis berkenaan

Majlis bermula dengan  persembahan dari dua orang penerima anugerah pengiktirafan Nilam yang akan menyampaikan ulasan buku yang mereka baca.

Saudari Nur Syamimi Haji Mohamad Nor dari Kelas 501 telah menyampaikan ulasan sebuah buku berbahasa Inggeris. Buku ini merupakan salah sebuah buku daripada 306 buah buku yang telah beliau baca.

Seterusnya,  Saudari Ainin Sofia Khairusmawi dari Kelas 503 telah menyampaikan ulasan sebuah buku berbahasa Melayu. Buku ini adalah sebuah buku dari 297 buah buku yang beliau telah baca.

Sekarang tibalah masanya, majlis penyampaian sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari kepada pelajar-pelajar SMK Matang

Seramai 43 pelajar telah menerima sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari untuk anugerah Gangsa.

Tuesday, March 3, 2015

Kenali Pusat Sumber SMK Matang



Pakaian seragam Pengawas Pusat Sumber


Ruang Sirkulasi untuk pendaftaran, pinjaman dan pemulangan buku


Ruang Bacaan yang selesa untuk pelajar


Rak buku mengandungi koleksi buku fiksyen dan bukan fiksyen yang boleh dipinjam


Rak Koleksi Khas mengadungi buku-buku rujukan khas yang tidak boleh dipinjam keluar


Ruang Rujukan mengandungi rak-rak untuk buku rujukan pelajaran,  buku rujukan am dan 
buku rujukan guru

Sunday, March 1, 2015

Empat Pengawas Pusat Sumber Tingkatan Lima tamat tugas

MATANG : Seramai empat orang pelajar Tingkatan Lima akan menamatkan tugas mereka sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.

Mereka ialah Nor Hanani Osman , Chua Poh Loo , Durka a/p Subramaniam dan Durga Devi a/p Letcumanan.

Guru Perpustakaan dan Media, En. Adnan Abd Rahman berkata, kesemua mereka akan menerima sijil penghargaan dari Pusat Sumber SMK Matang

” Mereka telah bertugas dengan baik sepanjang menjadi Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.
” Ada di antara mereka yang menjadi Pengawas Pusat Sumber sejak berada di Tingkatan Satu lagi” jelasnya

En. Adnan berkata, keempat-empat pelajar ini juga akan menerima sijil penghargaan kerana memberi sumbangan yang baik semasa memegang amanah dalam Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.

Nur Syamimi, Ainin Sofia terima anugerahkan pengiktirafan Nilam

MATANG : Nur Syamimi Mohamad Nor dari kelas 501 dan Ainin Sofia Khairusmawi dari kelas 503 telah dianugerahkan pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari.

Penyelaras Program NILAM , En. Adnan Abd Rahman berkata , bagi tahun 2014 seramai dua pelajar menerima anugerah Jauhari Nilam, seorang anugerah Emas, tiga anugerah Perak dan seramai 50 pelajar anugerah Gangsa.

” Nur Syamimi dan Aini Sofia mendapat anugerah pengiktirafan Nilam kerana membaca sebanyak 306 dan 297 buah buku masing-masing.

” Manakala, Nur Syafirul Aqma Arbain dari kelas 501 mendapat anugerah pengiktirafan Emas kerana berjaya membaca sebanyak 226 buah buku”

En. Adnan berkata, kesemua pelajar Tingkatan Lima yang mendapat anugerah pengiktirafan Nilam, Emas , Perak dan gangsa akan menerima Sijil Pengiktirafan i-NILAM yang akan disampaikan melalui Pusat Sumber SMK Matang.

” Seramai 29 pelajar Tingkatan Lima akan terima Sijil Pengiktirafan i-NILAM yang dikeluarkan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Sumber promosi empat buku baru

MATANG : Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan promosi empat buah buku baru yang diletakkan di rak Fiksyen Inggeris Pusat Sumber SMK Matang.

Pengawas Pusat Sumber Durka a/p Subramaniam dan Durga Devi a/p Letcumanan telah mengendalikan aktiviti promosi buku baru ini di majlis perhimpunan sekolah di sini.

Durka a/p Subramaniam yang bertindak sebagai pengulas buku berkata empat buah buku tersebut ialah Our World Of Mysteries, The Silver Blade, Ark Angel dan Why Should I Recycle.

“ Buku yang pertama ialah sebuah novel bertajuk Our World Of Mysteries karya Suzzan Lord . Buku ini mengenai kisah misteri yang mendedahkan beberapa rahsia paling menakjubkan di bumi. Buku ini mengandungi 7 bab dengan 92 muka surat.

“ Buku yang kedua ialah sebuah novel karya Slally Gadner bertajuk THE SILVER BLADE . Novel setebal  362 muka surat ini , mengisahkan kisah pertarungan seorang lelaki dengan kuasa jahat bagi menyelamatkan kekasihnya” katanya

Kuiz Kenali Sasterawan Negara dapat sambutan

MATANG : Kuiz Kenali Sasterwan Negara anjuran Pusat Sumber SMK Matang mendapat sambutan baik dari pelajar SMK Matang

Setiausaha Kelab Pusat Sumber , Durka a/p Subramaniam berkata kuiz ini diadakan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.

” Kuiz ini bertujuan menghargai dan mengenang jasa Sasterawan Negara yang turut terlibat membangkitkan semangat nasionalisme rakyat melalui penulisan mereka.

” Promosi untuk kuiz ini telah dibuat semasa majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah” katanya

Durka berkata, kesemua 12 orang tokoh Sasterawan Negara ini telah memberi sumbangan dalam pembinaan negara yang merdeka.

13 pelajar dilantik Pengawas Pusat Sumber tahun 2014

MATANG : Seramai 13 pelajar menerima sijil perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang untuk tahun 2014 semasa majlis perhimpunan sekolah di sini.

Setiausaha  Pengawas Pusat Sumber, Durka a/p Subramaniam berkata, 13 pelajar ini telah melalui tempoh percubaan selama 6 bulan sebagai Pengawas Pusat Sumber sebelum dilantik secara rasmi.

”  Encik Zahrom Shah Salleh , Penolong Kanan HEM telah menyempurnakan penyampaian sijil perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang

Yang pergi berganti

MATANG : SMK Matang menerima Pengetua yang baru iaitu En. Zakaria Othman yang mengantikan En. Mohamad Dan Mahat.

Sebelum memulakan tugas sebagai Pengetua SMK Matang, En. Zakaria bertugas sebagai Penolong Kanan 1 SMK King Edward, Taiping.

Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan selamat bertugas kepada En. Zakaria Othman.

Sementara itu, SMK Matang kehilangan seorang guru yang banyak menabur bakti kepada sekolah khususnya Pusat Sumber SMK Matang.