Dropdown menu

Tuesday, September 27, 2016

SMK Matang Johan PSS Cemerlang Daerah LMS

TAIPING : SMK Matang kekal sebagai johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang bagi kategori sekolah menengah peringkat Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) bagi tahun 2016.

Guru Perpustakaan dan Medianya, En. Adnan Abd Rahman berkata, pada tahun 2015 SMK Matang menjadi johan PSS Cemerlang bagi kategori sekolah menengah gred B

" Pada tahun ini, tiada kategori gred A dan B sebaliknya pertandingan kali ini melibat semua sekolah tanpa mengira kategori

" PSS SMK Matang akan mewakili Daerah LMS ke pertandingan PSS Cemerlang peringkat negeri " katanya

Adnan berkata , Pengetua SMK Matang En. R. Karunagaran  A/L  S.Raman telah menerima anugerah berkenaan semasa Majlis Anugerah NILAM dan Pusat Sumber Cemerlang di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping pada 20 September 2016.

Thursday, September 22, 2016

Ahli Kelab PSS dilatih laksana kajian

MATANG : Kelab Pusat Sumber SMK Matang telah memberi pendedahan kepada ahli-ahli tentang cara melaksanakan kajian yang melibatkan penggunaan borang soal selidik

AJK Kelab , Mohd Afiq Osman berkata, ahli Kelab PSS dilatih menyediakan satu set soalan untuk borang soal selidik

“ Soal selidik yang kami jalankan adalah berkaitan kerjaya seorang guru

” Enam kumpulan dibentuk dan setiap kumpulan dikehendaki menemui sepuluh orang guru berlainan bagi mengisi borang selidik tersebut” katanya

Menurut Mohd Afiq , sebanyak 18 soalan perlu dijawab oleh guru dengan menulis nombor pada borang soal selidik

” Setiap nombor dari 1 hingga 5 adalah jawapan kepada soalan bermula dengan ’Sangat Tidak Setuju’ sehingga ’Sangat Setuju’

Monday, September 12, 2016

10 Pengawas Pusat Sumber sertai Kem Kepimpinan Pengawas

MATANG : Seramai 10 orang Pengawas Pusat Sumber telah menyertai Kem Kepimpinan Pengawas 2016 anjuran Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah SMK Matang selama tiga hari pada 19 hingga 21 Ogos di Pusat Eco-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang

Program ini merupakan program tahunan yang mensasarkan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pengawas koperasi.

Penyelaras Kem, En. Musa Mahamud berkata, usaha membentuk pemimpin yang berketrampilan dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi adalah satu cabaran yang besar bagi pihak sekolah. 

" Oleh itu, komitmen dan kerjasama daripada semua pihak iaitu pihak sekolah, pihak ibu bapa, dan masyarakat adalah sangat perlu bagi membentuk serta mewujudkan pemimpin yang serba boleh. 

" Sehubungan itu, Unit Disiplin dan Pengawas sekolah bertanggungjawab dalam membina aspek kecemerlangan sahsiah, kepimpinan dan kerohanian murid sekolah disamping mencorak generasi yang cemerlang untuk masa hadapan" katanya