Dropdown menu

Monday, October 29, 2018

Pusat Sumber Avicennia manfaat hutan paya bakau sebagai koleksi setempat

TAIPING : Pusat Sumber Avicennia SMK Matang memanfaatkan Hutan Paya Laut Matang sebagai koleksi setempat pusat sumber berkenaan.

Hutan Paya Laut Matang terletak di barat laut pantai Semenanjung Malaysia dan diiktiraf sebagai hutan paya laut yang diurus secara terbaik di dunia.

Guru Perpustakaan dan Media, Adnan Abd Rahman berkata, nama Avicennia yang digunakan Pusat Sumber SMK Matang diambil dari nama saintifik bagi pokok Api-Api sejenis tumbuhan pokok Bakau yang terdapat di kawasan berpaya ini.

“ Kawasan hutan yang berbentuk seperti bulan sabit ini terletak di dalam daerah Kerian, Larut Matang dan Manjung dan dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 40,537.6 hektar.

“ Hutan ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Daerah Larut Matang, Hutan Paya Laut  Matang dikelaskan sebagai kelompok Hutan Paya Bakau terbesar di Semenanjung Malaysia” katanya ketika ditemui selepas penilaian pusat sumber peringkat negeri Perak di sekolah berkenaan.

Friday, October 19, 2018

91 pelajar sertai perkhemahan perdana SMK Matang


MATANG : Seramai 91 pelajar tingkatan satu hingga lima SMK Matang terlibat pada Perkhemahan Perdana Unit Beruniform yang berlangsung dari 5 hingga 7 Oktober lalu.
Perkhemahan tiga hari terbabit yang didakan di sekolah berkenaan disertai lapan unit badan beruniform SMK Matang.
Badan-badan beruniform tersebut terdiri daripada Pengakap, Kadet Pertahanan Awam, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah , Puteri Islam, St John Ambulance dan Kadet JPJ.

Penolong Kanan Kokurikulum SMK Matang, Mohd Shariff Mohamed Noor berkata, aktiviti tahunan berkenaan merupakan salah satu platform bagi menguji kebolehan dan kemantapan sesebuah unit beruniform.
“ Selain mengaplikasikan kesemua teori yang telah dipelajari oleh ahli-ahli unit masing-masing.

Thursday, October 11, 2018

Pengawas Pusat Sumber menang pertandingan menulis esei pelajar luar negara


MATANG : Pengawas Pusat Sumber SMK Matang Chiew Huat Seng berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Esei dalam Bahasa Cina Piala Kongzi untuk pelajar-pelajar luar negara tahun 2018 yang dianjurkan Jawatankuasa Kongzi Cup Chinese , China.

Chiew Huat Seng telah menyertai pertandingan ini pada tahun 2017 dan mendapat tempat kedua. Pada tahun ini, beliau sekali lagi menyertai pertandingan ini dan berjaya meraih tempat pertama.  

Beliau yang juga merupakan Pelajar Harapan Sekolah untuk peperiksaan SPM telah menyertai pertandingan berkenaan hasil dorongan guru penasihat Persatuan Bahasa Cina SMK Matang 

Kejayaan Chiew Huat Seng mendapat tempat pertama daripada beribu-ribu penyertaan dari seluruh dunia menjadi kebanggaan Pusat Sumber SMK Matang.

Friday, October 5, 2018

SMK Matang kembali juarai pusat sumber cemerlang


TAIPING : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang merangkul johan Anugerah Sekolah Bestari Cemerlang kategori Pusat Sumber peringkat Daerah Larut Matang dan Selama,  baru-baru ini.

Sebanyak enam sekolah dari setiap zon dalam Daerah Larut Matang dan Selama dipertandingkan dalam kategori itu, namun kelebihan menjadi milik SMK Matang.

Pada tahun 2017, sekolah ini tidak menyertai pertandingan ini kerana memberi peluang kepada sekolah-sekolah lain, namun pada tahun 2018 sekolah ini kembali menyertai pertandingan mewakili Zon Simpang

Guru Perpustakaan dan Medianya, Adnan Abd Rahman berkata, kejayaan itu adalah berkat usaha dan kerjasama guru, murid serta warga sekolah yang lain.

“Sebenarnya, pusat sumber ini cuba memenuhi setiap instrumen yang telah ditetapkan oleh penilai pertandingan

Friday, September 7, 2018

Busana Pahlawan Melayu meriahkan Majlis Ambang Merdeka

MATANG : Seramai 52 guru dan 515 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang menggayakan busana bertema kepahlawanan Melayu serta pakaian tradisonal pelbagai kaum sempena Majlis Ambang Merdeka di sekolah itu.
Pengetuanya, Zainal Umar berkata, pemilihan tema busana kepahlawanan Melayu pada sambutan tahunan kali ini adalah bagi mengembalikan nostalgia kegemilangan zaman Kesultanan Melayu.
Menurutnya, keunikan yang ditampilkan sekolah itu dengan mengenakan pakaian di zaman silam adalah salah satu usaha memperingati zaman keagungan kesultanan Melayu yang mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri.
"Diharapkan semangat keagungan kesultanan Melayu ini menjadi pendorong kepada guru untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada anak bangsa agar menjadi insan berguna.
"Ini sekali gus dapat menarik minat pelajar untuk menghayati busana pahlawan Melayu yang diperagakan guru dari segi nilai sejarah dan estetika pakaian tradisi kebanggaan masyarakat di negara ini," katanya ketika ditemui semasa program.

Friday, June 29, 2018

Hari Raya di SMK Matang

MATANG : Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri SMK Matang berlangsung meriah dan ceria melibatkan semua pelajar pelbagai kaum, guru-guru dan kakitangan sekolah.

" Pada hari ini , semua guru dan pelajar memakai pakaian Hari Raya  bagi sama-sama meraikan Majlis Jamuan Hari Raya

" Pelbagai juadah disediakan kepada pelajar seperti satay, kuih-muih dan buah-buahan" katanya

Pengawas Pusat Sumber Nur Aini Mohamad Nor berkata, Majlis Jamuan Hari Raya begitu ceria dengan penglibatan semua pelajar dengan pakaian Hari Raya

" Lebih meriah dengan aktiviti yang diadakan sebelum jamuan iaitu pertandingan menganyam ketupat dan menulis khat

Sambutan Hari Guru, Guru Kembali Ke Sekolah

MATANG : Sambutan Hari Guru 2018 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK ) Matang sungguh unik dan meriah bertemakan 'Guru Kembali Ke Sekolah'

Pengawas Pusat Sumber, Aisyatul A’aiyah Rosli berkata, sebahagian besar guru memakai pakaian seragam pelajar sekolah sempena Majlis Hari Guru SMK Matang

" Kami teruja melihat guru-guru seperti pelajar sekolah apabila berpakaian seragam pelajar sekolah

" Ramai guru yang kelihatan seperti pelajar yang datang ke sekolah untuk belajar" katanya 

Beliau berkata, pelbagai aktiviti diatur pada majlis hari ini bertujuan merapatkan lagi hubungan baik antara guru dengan warga sekolah, disamping menyemarakkan semangat tenaga pendidik di sekolah.

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Matang , Pengawas PSS kekal cemerlang

MATANG : Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang kali ke 16 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 April 2018 di Dewan Terbuka SMK Matang.

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang merupakan kesinambungan tradisi sekolah dan memiliki signifikan yang tersendiri kepada seluruh warga SMK Matang .

Majlis ini adalah kemuncak kepada pengiktirafan dan penghargaan pihak sekolah terhadap pencapaian yang cemerlang dan sumbangan murid dalam bidang akademik.

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang telah dirasmikan oleh En.Kamarudin Abu Bakar , Pengerusi JASA Bukit Gantang

Pada hari yang gemilang tersebut, penyampaian hadiah beberapa anugerah telah diberikan kepada murid dan guru SMK Matang.

Friday, April 20, 2018

Selamat bersara Pak Lan (Cikgu Roslan)

MATANG : Majlis persaraan Guru Penolong Kanan Kokurikulum  SMK Matang telah disambut meriah menjadi kenangan manis pada hari terakhir perkhidmatannya pada 4 April 2018

Guru yang diraikan, Roslan Osman, 60 telah berkhidmat selama 38 tahun sebagai guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK)  dan Matematik, juga merangkap Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) , Khairusmawi Haji Hitam berkata, satu majlis 'Lambaian Kasih, Sanjungan Budi' sempena persaraan Cikgu Roslan telah diatur penuh dramatik. 

" Warga SMK Matang telah berhimpun di Dataran Warisan meraikan majlis  'Lambaian Kasih, Sanjungan Budi' ini.

" Hari penuh bersejarah ini telah diraikan oleh rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar " katanya ketika ditemui selepas program 

Friday, March 23, 2018

Nur Athirah , Lim Jia cipta sejarah sekolah

TAIPING - Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Matang, di sini mencatatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang cemerlang apabila memperoleh 10 A masing-masing

Dua pelajar berkenaan, Nur Athirah Abu Bakar memperolehi 4A+, 5A,1A- dan Lim Jia memperolehi 3A+,5A, 2A-

Nur Athirah Abu Bakar yang tidak mempunyai ayah datang bersama ibunya menerima slip keputusan yang disampaikan oleh Pengetua SMK Matang, Zainal Umar 

Manakala , Lim Jia anak kepada pasangan pendidik datang bersama ibunya menerima slip keputusan

Pengetua SMK Matang, Zainal Umar berkata, SMK Matang mencatatkan peningkatan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 apabila berjaya mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 5.29 berbanding 5.89 dalam keputusan SPM 2016

Wednesday, February 14, 2018

Warga SMK Matang rasai kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina

MATANG : Suasana kemeriahan majlis sambutan Tahun Baru Cina di SMK Matang jelas dirasai warga SMK Matang yang meraikan majlis berkenaan baru-baru ini.

SMK telah menganjurkan Sambutan Tahun Baru Cina 2018 yang berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik.


Setiausaha program Ang Ai Kim berkata, Sambutan Tahun Baru Cina adalah inisiatif yang baik pihak sekolah bagi me­nanamkan semangat keakraban antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama. 

" Semua guru Melayu, Cina dan India memakai pakaian berwarna merah meraikan majlis yang bermakna ini

" Pelajar juga gembira dan teruja dengan dengan majlis yang diadakan hari ini" katanya yang ditemui selepas majlis sambutan

Gotong royong keceriaan kelas abad ke 21

MATANG : Suasana pembelajaran yang kondusif dalam kelas menjadi salah satu daripada faktor yang mampu memberi keselesaan kepada pelajar melalui amalan pengajaran lebih efektif dan berkesan.

Begitulah yang bakal dirasai lebih 500 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, Taiping , di sini.

Pengetuanya, Zainal Umar berkata, semua 27 kelas disusun atur mengikut perancangan strategik kelas abad ke-21.

 “ Bilik kelas yang bermaklumat, bersih dan ceria menjadi salah satu daripada faktor yang mampu menaikkan ‘mood’ pelajar untuk lebih bersemangat menuntut ilmu.

“Selain itu juga, setiap pelajar diberi tanggungjawab mempersiapkan kelas dengan konsep yang kreatif berdasarkan idea dipersetujui,” katanya ketika ditemui pada majlis gotong royong perdana keceriaan kelas abad ke 21 di sekolah berkenaan, baru-baru ini.