Dropdown menu

Saturday, May 14, 2016

Bengkel Khidmat Bantu PSS di SMK Matang

MATANG : Bengkel Khidmat Bantu PSS anjuran PKG Simpang telah dijalankan pada 28 hingga 29 April di Pusat Sumber SMK Matang. 

Guru Perpustakaan dan Media (GPM) SMK Matang, En. Adnan Abd Rahman berkata, Seramai 10 orang GPM dari sekolah-sekolah Zon Simpang telah dijemput hadir bagi menjayakan bengkel ini  .

“ Bengkel ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada GPM mengenai tatacara pengurusan Pusat Sumber  terutama pengurusan dokumen

Disamping memberi perkhidmatan keceriaan kepada pusat sumber sekolah  yang menjadi tuan rumah” katanya

En. Adnan berkata, Bengkel Khidmat Bantu PSS dimulai dengan penerangan bagaimana menguruskan dokumen PSS mengikut instrumen penilaian PSS BTPN

“Panduan menyediakan fail dan dokumen tujuh instrumen penilaian PSS telah diberikan kepada GPM yang hadir

Friday, May 13, 2016

Tan Sean Leng diumum Tokoh Pelajar SMK Matang

MATANG : Tan Sean Leng telah diumumkan sebagai Tokoh Pelajar SMK Matang bagi tahun 2016 semasa Majlis Anugerah Cemerlang SMK Matang 2016 yang berlangsung di Dewan Terbuka SMK Matang.

Pengerusi Pengawas Pusat Sumber, Syaidatul Nadrah Rosli berkata, Tan Sean Leng dari kelas 501 merupakan Pelajar Harapan SPM telah mendapat skor semua A dalam ujian 1, 2016.  

“ Beliau yang juga seorang Pengawas Sekolah turut aktif dalam bidang Kokurikulum dengan menjadi Bendahari St. John Ambulan Malaysia . Divisi AC (87), 2016.

“ Tokoh Pelajar ini juga merupakan pemain bola keranjang yang mewakili sekolah pada tahun 2015 dan 2016” katanya yang turut menerima Anugerah Warisan iaitu Hadiah Penghargaan sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber SMK Matang

Syaidatul Nadrah berkata,  Majlis Anugerah Cemerlang  yang merupakan acara tahunan sekolah ini dirasmikan oleh Datuk Rosli Husin, Mantan ADUN Trong

Pengawas PSS baru terima sijil perlantikan

MATANG :  Pusat Sumber SMK Matang selesai mengadakan majlis perlantikan Pengawas Pusat Sumber yang baru untuk tahun 2016.

Seramai 13 pelajar menerima sijil perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang untuk tahun 2016 semasa majlis perhimpunan sekolah di sini.

AJK Kerja Pusat Sumber SMK Matang Cik Nurshazwani Mohd Shaharom berkata, Pengetua SMK Matang En. R. Karunagaran A/L S.Raman telah menyempurnakan penyampaian sijil perlantikan tersebut

” 13 pelajar ini telah melalui tempoh percubaan selama 2 bulan sebagai Pengawas Pusat Sumber sebelum dilantik secara rasmi.

“ Kesemua mereka akan memulakan tugas secara rasmi sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang” katanya semasa mempengerusikan majlis perlantikan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.

Wednesday, May 11, 2016

Kelab PSS anjur bengkel fail tegak

MATANG : Pengetahuan mengenai fail tegak sangat penting bagi Pengawas dan Ahli Kelab Pusat Sumber . 
Pengawas dan Ahli Kelab Pusat Sumber perlu mengetahui dan memahami bagaimana fail tegak boleh digunakan untuk mengumpul maklumat tambahan daripada berita yang tersiar di akhbar tentang tajuk-tajuk berkaitan dengan kandungan matapelajaran. 
Justeru, Kelab Pusat Sumber SMK Matang mengambil inisiatif mengadakan Bengkel Pembinaan Fail Tegak untuk  Pengawas dan Ahli Kelab Pusat Sumber SMK Matang
Pengerusinya , Saidatul Nadrah Rosli berkata, Bengkel ini membolehkan Pengawas dan Ahli Kelab Pusat Sumber mengetahui cara-cara menghasilkan fail tegak
" Guru penasihat telah memberi tunjuk ajar cara-cara menghasilkan fail tegak , seterusnya kami membentuk kumpulan bagi melakukan praktikal membina fail tegak berita akhbar

Wednesday, May 4, 2016

Minggu MBMMBI dan Kem Membaca 1Malaysia serentak

MATANG : Minggu MBMMBI dan Kem Membaca 1Malaysia (KM1M)  di SMK Matang telah diadakan serentak pada 4 hingga 8 April 2016. Minggu MBMMBI dan KM1M  diadakan bertujuan mempertingkat penguasaan dan minat murid dalam mempelajari Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Setiausaha program , Puan Halijah Kamari berkata, selain menguasai kecekapan menulis, murid juga perlu menguasai kemahiran berkomunikasi.

Matlamat Minggu MBMMBI dan KM1M  adalah untuk membimbing  murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan berkesan disamping mencungkil bakat-bakat murid.

" Selain itu, minggu ini juga bertujuan menerapkan minat membaca dikalangan pelajar SMK Matang " katanya

Puan Halijah berkata, pelbagai aktiviti telah diadakan yang melibatkan Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Pusat Sumber SMK Matang