Dropdown menu

Saturday, March 7, 2015

Pasukan Sepak Takraw Naib Johan LMS

TAIPING : Pasukan Sepak Takraw SMK Matang mencatat kecemerlangan apabila menjadi Naib Johan Pertandingan Sepak Takraw bawah 15 tahun dan tempat ketiga bagi kategori bawah 18 tahun daerah Larut Matang dan Selama.

Jurulatihnya, En. Mohd Faris Mat Khamis berkata, pasukan bawah 15 tahun tewas dalam perlawanan akhir kepada SMK Datuk Husin yang merupakan sekolah projek untuk Sepak Takraw daerah LMS.

" Seramai 7 pemain SMK Matang telah terpilih mewakili daerah LMS untuk bertanding di peringkat negeri




" Daerah LMS pula telah menjadi Naib Johan dalam pertandingan peringkat negeri ini" katanya

Menurutnya, seorang pemain SMK Matang telah dipilih mewakili negeri Perak ke pertandingan peringkat kebangsaan. 

No comments:

Post a Comment