Dropdown menu

AKTIVITI KEMAHIRAN LITERASI MAKLUMAT

LAPORAN AKTIVITI
PUSAT SUMBER SMK MATANG

NAMA PROGRAM
Kemahiran Perpustakaan
PENGENALAN
Pengawas Pusat Sumber merupakan golongan pemangkin setiap pusat sumber sekolah yang boleh diibaratkan sebagai tunjang sesebuah sekolah yang dilihat sebagai peneraju dan penggerak aktif kepada tampuk pengurusan pusat sumber pada masa akan datang. Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan pengetahuan pengawas pusat sumber, meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat muhibbah dan ukhuwwah, maka Kursus  Asas untuk para pengawas pusat sumber perlu dilaksanakan untuk tujuan memperkukuhkan pengetahuan sedia ada berkenaan tugas-tugas asas seseorang pengawas.

OBJEKTIF

1.  Melahirkan pengawas yang bermaklumat dalam menghadapi apa jua masalah yang datang semasa menjalankan tugas .
2.   Melahirkan murid-murid yang rajin berusaha mengamalkan nilai kerja yang bersistematik untuk mencapai kejayaan.
3.   Menanamkan sikap cintakan ilmu pengetahuan dalam melengkapkan diri sebagai pengawas pusat sumber berilmu.

TARIKH PELAKSANAAN:
Aktiviti Semakan Stok – 11 November 
Bengkel Penggunaan Sistem Automasi – 17 Februari 
Sudut Kenali Buku – 25 Februari 
Bengkel Susunan Bahan – 17 Mac 
Bengkel Pemprosesan Buku – 14 April 
MASA/TENTATIF      
2.30 petang                       
TEMPAT
Pusat Sumber SMK Matang
SASARAN
Pengawas Pusat Sumber

LAPORAN
1.    Kehadiran/ Penyertaan
Pengawas Pusat Sumber

2.    Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Bengkel Penggunaan Sistem Automasi – 17 Februari 
-         Bengkel ini telah dikendalikan  oleh  Guru Perpustakaan dan Media iaitu En. Adnan Abd Rahman dengan bantuan Pegawas Pusat Sumber yang senior. Latihan dibahagikan kepada dua tahap . Tahap pertama melibat Pengawas Pusat Sumber yang baru diajar oleh  Pegawas Pusat Sumber yang senior tentang cara-cara menggunakan sistem automasi peringkat asas iaitu proses pinjaman dan pemulangan buku. Tahap kedua melibat Pengawas Pusat Sumber senior yang diajar proses mendaftar bahan menggunakan sistem automasi.

3.    Gambar Aktiviti

Pengawas PSS senior menunjukkan cara-cara penggunaan sistem automasi


Pengawas PSS baru menerima tunjuk ajar dari Pengawas PSS senior

Penggunaan sistem automasi perlu diketahui semua Pengawas PSS
  
LAPORAN
1       Kehadiran/ Penyertaan
Pengawas Pusat Sumber

2       Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Bengkel Pemprosesan Buku – 17 Februari 
-         Bengkel ini telah dikendalikan  oleh  Guru Perpustakaan dan Media iaitu En. Adnan Abd Rahman. Pengawas Pusat Sumber diajar cara-cara meletakkan Barkod pada buku, menanda cop pada buku, membalut buku dan meletakkan buku baru di rak yang betul.

3       Gambar Aktiviti

Pengawas PSS dilatih membalut buku dengan cara yang betul
Barkod dilekat ditempat yang betul sebelum buku dibalut
  
Pengawas PSS sedang membalut sebuah buku

LAPORAN
1       Kehadiran/ Penyertaan
Pengawas Pusat Sumber

2       Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Bengkel Susunan Buku – 17 Mac 
-         Bengkel ini telah dikendalikan  oleh  Guru Perpustakaan dan Media iaitu En. Adnan Abd Rahman. Pengawas Pusat Sumber diajar cara-cara menyusun buku di rak yang betul , menyusun buku mengikut saiz buku , menggunakan alat penghadang buku dengan betul dan menyusun majalah dan akhbar

3       Gambar Aktiviti

Susunan buku di rak terbuka

Susunan buku di ruangan buku berkelompok

Susunan majalah di ruang majalah


LAPORAN
1       Kehadiran/ Penyertaan
Ahli Kelab Pusat Sumber

2       Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Sudut Kenali Buku – 25 Februari
-         Penerangan mengenai ciri-ciri sebuah buku disampaikan oleh Pengawas Pusat Sumber kepada ahli kelab. Ahli kelab diterangkan tentang bahagian-bahagian dalam buku seperti bahagian awal, bahagian teks, bahagian akhir dan kulit belakang. Sebelum memberi penerangan kepada ahli kelab, Pengawas PSS yang dipilih akan dilatih oleh guru penasihat kelab iaitu En. Adnan Abd Rahman. 

3       Gambar Aktiviti



Pengawas PSS dilatih memberi penerangan di sudut kenali buku

LAPORAN
1       Kehadiran/ Penyertaan
Pengawas Pusat Sumber

2       Laporan Pelaksanaan Aktiviti

Aktiviti Semakan Stok – 11 November 
-         Pusat Sumber SMK Matang  telah ditutup untuk tujuan semakan  stok akhir buku-buku PSS sehingga akhir tahun .  Seramai sembilan Pengawas Pusat Sumber terbabit dalam aktiviti pengiraan stok yang mengambil masa selama tujuh hari untuk disiapkan.  Aktiviti semakan  stok akhir buku-buku PSS memerlukan Pengawas Pusat Sumber mengeluarkan semua buku-buku di setiap rak , menanda pada borang semakan stok yang disediakan. Selesai direkodkan , buku-buku ini disusun semula mengikut kategori buku berkenaan di rak masing-masing.

3       Gambar Aktiviti

Buku-buku disemak dalam borang yang disediakan

Pengawas Pusat Sumber tekun merekod semakan buku

Buku yang telah direkod disusun semula di rak



No comments:

Post a Comment