Dropdown menu

E6 : AKTIVITI LAWATAN


KERTAS CADANGAN
LAWATAN KE PUSAT EKO PELAJARAN HUTAN PAYA LAUT MATANG
KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING
 SMK MATANG 

1.0               PENDAHULUAN

Skop pendidikan meliputi pelbagai disiplin ilmu dan tidak terbatas di bilik darjah sahaja. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) menekankan kepada pendidikan boleh berlaku sama ada secara formal, bukan formal atau tidak formal dan situasi adalah tidak terbatas. Di atas kesedaran inilah, maka Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Matang mengelolakan satu program lawatan ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang. Program ini dianjurkan sempena dengan Program Gotong Royong anjuran Kolej Komuniti Chenderoh dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Larut Matang & Selama

2.0               MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memperluaskan dan mendalami pengetahuan mereka dalam persekitaran

3.0               OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Pelajar dapat didedahkan dengan keindahan alam semulajadi ekosistem Hutan Paya Bakau di samping meningkatkan lagi pemahaman pelajar tentang aspek alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang saling berkaitan.

3.2 Pelajar memperolehi maklumat dan pengetahuan alam sekitar secara jelas melalui aktiviti yang dijalankan.
3.3Membentuk kesepakatan di antara pelajar yang berbilang bangsa.

3.4Membantu membentuk perkembangan kendiri positif yang seimbang di antara rohani, mental dan sosial di kalangan pelajar.

4.0               KUMPULAN SASARAN
Pelajar Tingkatan 4 & 5 : 30  orang
Guru  : 4 orang  

5.0               TARIKH PERLAKSANAAN
                12 September 

6.0               TEMPAT
                Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang

7.0               ANJURAN
                Program ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling

8.0               KEWANGAN
Tambang Bas – RM 50.00

9.0               PERLAKSANAAN

Jadual Aktiviti

Bil
Masa
Aktiviti
Tindakan
1.
7.30 pagi
Peserta berkumpul di sekolah
-   
Penyelaras Program
2.

8..00 pagi
Bertolak ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang


3.
      8.30 pagi
Tiba di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang

4.
9.00 ptg
PePembahagian kumpulan gotonng royong dan taklimat oleh Pegawai PPD dan Kolej Komuniti


5.
9.15ptg
Gotong Royong membersih Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang

6.
10.30 pagi
Gotong Royong tamat

7.
10.45 pagi
Aktiviti teka nama tumbuhan

8.
11.25 pagi
Aktiviti tamat

9.
11.50 pagi
Sesi fotografi

10.
12.00 tgh
Bertolak pulang ke sekolah


10.0           JAWATANKUASA PERLAKSANA

Pengerusi                           : En. Zainal bin Haji Umar (Pengetua)
Naib Pengerusi                 : En. Zahrom Shah bin Haji Salleh (PK HEM)
Penyelaras                         : En. Osman bin Mat Isa (Guru Kaunseling)
Setiausaha                          : Pn. Azlin binti Khalillulariffin
Bendahari                           : Cik Mandip Kaur
AJK                                         : Miss. Susan

11.0           PENUTUP
Pihak kami berharap agar objektif lawatan sambil belajar ini dapat direalisasikan dengan sebaik-baiknya. Diharap juga murid-murid dapat mewarisi amalan lawatan sambil belajar yang baik dan berfaedah serta dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan dapat menerajui generasi muda yang akan datang dalam menghadapi cabaran-cabaran alaf baru. Akhir sekali diharapkan lawatan sambil belajar ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T




No comments:

Post a Comment