Dropdown menu

Wednesday, February 14, 2018

Warga SMK Matang rasai kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina

MATANG : Suasana kemeriahan majlis sambutan Tahun Baru Cina di SMK Matang jelas dirasai warga SMK Matang yang meraikan majlis berkenaan baru-baru ini.

SMK telah menganjurkan Sambutan Tahun Baru Cina 2018 yang berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik.


Setiausaha program Ang Ai Kim berkata, Sambutan Tahun Baru Cina adalah inisiatif yang baik pihak sekolah bagi me­nanamkan semangat keakraban antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama. 

" Semua guru Melayu, Cina dan India memakai pakaian berwarna merah meraikan majlis yang bermakna ini

" Pelajar juga gembira dan teruja dengan dengan majlis yang diadakan hari ini" katanya yang ditemui selepas majlis sambutan

Gotong royong keceriaan kelas abad ke 21

MATANG : Suasana pembelajaran yang kondusif dalam kelas menjadi salah satu daripada faktor yang mampu memberi keselesaan kepada pelajar melalui amalan pengajaran lebih efektif dan berkesan.

Begitulah yang bakal dirasai lebih 500 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, Taiping , di sini.

Pengetuanya, Zainal Umar berkata, semua 27 kelas disusun atur mengikut perancangan strategik kelas abad ke-21.

 “ Bilik kelas yang bermaklumat, bersih dan ceria menjadi salah satu daripada faktor yang mampu menaikkan ‘mood’ pelajar untuk lebih bersemangat menuntut ilmu.

“Selain itu juga, setiap pelajar diberi tanggungjawab mempersiapkan kelas dengan konsep yang kreatif berdasarkan idea dipersetujui,” katanya ketika ditemui pada majlis gotong royong perdana keceriaan kelas abad ke 21 di sekolah berkenaan, baru-baru ini.