Dropdown menu

Saturday, July 23, 2016

Ahli Kelab PSS jalani latihan praktikal wartawan pelatih

MATANG : Ahli Kelab Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan latihan praktikal menjadi seorang wartawan semasa perjumpaan aktiviti kelab tersebut

AJK Kelab, Mohamad Afiq Osman berkata, sebelum ini ahli kelab telah diberi tunjuk ajar oleh guru penasihat dalam perjumpaan kelab

“ Guru penasihat telah memberi kursus secara teori dalam perjumpaan sebelum ini

“ Pada hari ini , kami berpeluang melaksanakan tugasan seorang wartawan bermula dari menyediakan rangka soalan, menemui dan membuat temubual dengan subjek dan menulis berita” katanya

Beliau berkata, ahli kelab telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan telah ditugaskan menemubual beberapa orang guru sebagai subjek

Berikut adalah berita yang ditulis oleh ahli kelab sebagai wartawan pelatih Buletin Avicennia Pusat Sumber SMK Matang mengenai guru pelatih di SMK Matang

Thursday, July 14, 2016

137 pelajar SMK Matang hadir penuh terima sijil penghargaan

MATANG : Seramai 137 pelajar SMK Matang telah menerima sijil penghargaan kehadiran penuh bagi penggal pertama persekolahan 2016.

Majlis penyampaian sijil berkenaan telah diadakan semasa perhimpunan mingguan di Dataran Perhimpunan dan disempurnakan oleh Pengetua SMK Matang En. R. Karunagaran A/L S. Raman

Guru Penyelaras program, Pn. Nur Azlin Kamalluarifin berkata, sijil pengharagaan ini diberi sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang hadir penuh atau 100% kehadiran.

" Daripada 137 pelajar ini, 38 daripadanya adalah pelajar Tingkatan Empat dan 21 pelajar dari Tingkatan Lima

" Manakala, seramai 26 pelajar dari Tingkatan Satu, 13 pelajar dari Tingkatan Dua dan 39 pelajar dari Tingkatan Tiga telah mencatat kehadiran penuh " katanya ketika ditemui wartawan pelatih Buletin Pusat Sumber di Bilik Kaunseling

Nur Laili ketuai Badan Pengawas SMK Matang 2016

MATANG : Nur Laili Mohammad Nor dari Kelas 401 telah dipilih sebagai Ketua Pengawas SMK Matang yang baru mengantikan Nurul Azieyati Hanafi , 503.

Majlis perlantikan dan serah tugas Ketua Pengawas SMK Matang telah diadakan semasa perhimpunan mingguan sekolah di Dataran Perhimpunan

Guru Penasihat Badan Pengawas SMK Matang , En. Kamaruzaman Mohammad berkata, Pengetua SMK Matang, En. R. Karunagaran A/L S.Raman telah menyampaikan watikah perlantikan tersebut

" Bilangan pengawas baru yang dilantik pada tahun 2016 ialah seramai 30 orang, manakala jumlah semua pengawas ialah 60 orang.