Dropdown menu

Monday, October 29, 2018

Pusat Sumber Avicennia manfaat hutan paya bakau sebagai koleksi setempat

TAIPING : Pusat Sumber Avicennia SMK Matang memanfaatkan Hutan Paya Laut Matang sebagai koleksi setempat pusat sumber berkenaan.

Hutan Paya Laut Matang terletak di barat laut pantai Semenanjung Malaysia dan diiktiraf sebagai hutan paya laut yang diurus secara terbaik di dunia.

Guru Perpustakaan dan Media, Adnan Abd Rahman berkata, nama Avicennia yang digunakan Pusat Sumber SMK Matang diambil dari nama saintifik bagi pokok Api-Api sejenis tumbuhan pokok Bakau yang terdapat di kawasan berpaya ini.

“ Kawasan hutan yang berbentuk seperti bulan sabit ini terletak di dalam daerah Kerian, Larut Matang dan Manjung dan dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 40,537.6 hektar.

“ Hutan ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Daerah Larut Matang, Hutan Paya Laut  Matang dikelaskan sebagai kelompok Hutan Paya Bakau terbesar di Semenanjung Malaysia” katanya ketika ditemui selepas penilaian pusat sumber peringkat negeri Perak di sekolah berkenaan.

Friday, October 19, 2018

91 pelajar sertai perkhemahan perdana SMK Matang


MATANG : Seramai 91 pelajar tingkatan satu hingga lima SMK Matang terlibat pada Perkhemahan Perdana Unit Beruniform yang berlangsung dari 5 hingga 7 Oktober lalu.
Perkhemahan tiga hari terbabit yang didakan di sekolah berkenaan disertai lapan unit badan beruniform SMK Matang.
Badan-badan beruniform tersebut terdiri daripada Pengakap, Kadet Pertahanan Awam, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah , Puteri Islam, St John Ambulance dan Kadet JPJ.

Penolong Kanan Kokurikulum SMK Matang, Mohd Shariff Mohamed Noor berkata, aktiviti tahunan berkenaan merupakan salah satu platform bagi menguji kebolehan dan kemantapan sesebuah unit beruniform.
“ Selain mengaplikasikan kesemua teori yang telah dipelajari oleh ahli-ahli unit masing-masing.

Thursday, October 11, 2018

Pengawas Pusat Sumber menang pertandingan menulis esei pelajar luar negara


MATANG : Pengawas Pusat Sumber SMK Matang Chiew Huat Seng berjaya mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Esei dalam Bahasa Cina Piala Kongzi untuk pelajar-pelajar luar negara tahun 2018 yang dianjurkan Jawatankuasa Kongzi Cup Chinese , China.

Chiew Huat Seng telah menyertai pertandingan ini pada tahun 2017 dan mendapat tempat kedua. Pada tahun ini, beliau sekali lagi menyertai pertandingan ini dan berjaya meraih tempat pertama.  

Beliau yang juga merupakan Pelajar Harapan Sekolah untuk peperiksaan SPM telah menyertai pertandingan berkenaan hasil dorongan guru penasihat Persatuan Bahasa Cina SMK Matang 

Kejayaan Chiew Huat Seng mendapat tempat pertama daripada beribu-ribu penyertaan dari seluruh dunia menjadi kebanggaan Pusat Sumber SMK Matang.

Friday, October 5, 2018

SMK Matang kembali juarai pusat sumber cemerlang


TAIPING : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang merangkul johan Anugerah Sekolah Bestari Cemerlang kategori Pusat Sumber peringkat Daerah Larut Matang dan Selama,  baru-baru ini.

Sebanyak enam sekolah dari setiap zon dalam Daerah Larut Matang dan Selama dipertandingkan dalam kategori itu, namun kelebihan menjadi milik SMK Matang.

Pada tahun 2017, sekolah ini tidak menyertai pertandingan ini kerana memberi peluang kepada sekolah-sekolah lain, namun pada tahun 2018 sekolah ini kembali menyertai pertandingan mewakili Zon Simpang

Guru Perpustakaan dan Medianya, Adnan Abd Rahman berkata, kejayaan itu adalah berkat usaha dan kerjasama guru, murid serta warga sekolah yang lain.

“Sebenarnya, pusat sumber ini cuba memenuhi setiap instrumen yang telah ditetapkan oleh penilai pertandingan