Dropdown menu

Sunday, March 1, 2015

Pusat Sumber promosi empat buku baru

MATANG : Pusat Sumber SMK Matang telah mengadakan promosi empat buah buku baru yang diletakkan di rak Fiksyen Inggeris Pusat Sumber SMK Matang.

Pengawas Pusat Sumber Durka a/p Subramaniam dan Durga Devi a/p Letcumanan telah mengendalikan aktiviti promosi buku baru ini di majlis perhimpunan sekolah di sini.

Durka a/p Subramaniam yang bertindak sebagai pengulas buku berkata empat buah buku tersebut ialah Our World Of Mysteries, The Silver Blade, Ark Angel dan Why Should I Recycle.

“ Buku yang pertama ialah sebuah novel bertajuk Our World Of Mysteries karya Suzzan Lord . Buku ini mengenai kisah misteri yang mendedahkan beberapa rahsia paling menakjubkan di bumi. Buku ini mengandungi 7 bab dengan 92 muka surat.

“ Buku yang kedua ialah sebuah novel karya Slally Gadner bertajuk THE SILVER BLADE . Novel setebal  362 muka surat ini , mengisahkan kisah pertarungan seorang lelaki dengan kuasa jahat bagi menyelamatkan kekasihnya” katanya

Durka berkata, buku yang seterusnya sebuah novel bertajuk ARK ANGEL . Novel ini ditulis oleh Anthony Horowitz. 

“ Novel ini mengenai kisah penyiasatan yang mendebarkan penuh dengan aksi dan suspens. Novel ini mengandungi 326 muka surat.

” Buku yang terakhir untuk dipromosi pada pagi ini buku bertajuk WHY SHOULD A RECYCLE ditulis oleh Susan Meredith . Buku ini memberi pengetahuan kepada kita, mengapa perlu kitar semula dan bagaimana hendak melakukan kitar semula terhadap barang-barang terbuang” katanya

Tambahnya, keempat-empat buah buku baru ini sudah berada di Pusat Sumber dan boleh dipinjamkan kepada pelajar – pelajar SMK Matang.

” Saya dengan ini mempersilakan rakan-rakan pelajar ke Pusat Sumber untuk membaca buku-buku yang baru ini” katanya

No comments:

Post a Comment