Dropdown menu

Wednesday, January 27, 2016

Sistem pengunjung rekod data pelajar ke pusat sumber

MATANG : Pusat Sumber Avicennia SMK Matang melaksanakan Sistem Pengunjung Pusat Sumber bermula pertengahan Januari 2016.

Pengerusi Pengawas PSS SMK Matang Syaidatul Nadrah Rosli berkata, sistem automasi ini merekod data pelajar yang masuk ke pusat sumber

” Tempoh percubaan untuk penggunaan sistem ini akan dilaksanakan selama sebulan bermula pertengahan Januari sehingga pertengahan Februari

” Ini bagi memberi tempoh kepada pelajar membuat kad perpustakaan ” katanya

Syaidatul Nadrah memberitahu, pada peringkat awal sistem ini hanya akan digunakan mencatat kehadiran pelajar ke pusat sumber semasa waktu rehat

Monday, January 25, 2016

Syaidatul Nadrah ketuai Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber

MATANG : Naib Bendahari Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber sesi 2015 , Syaidatul Nadrah Rosli, 503 telah dipilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber SMK Matang sesi 2016

Nur Syahirah Mohd Tahir, 502 pula dipilih sebagai Naib Pengerusi. Manakala Salmiah Amran, 502 dan Nur Izzati Zainal Abidin, 502 masing-masing dipilih sebagai Setiausaha dan Bendahari.

Pemilihan Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber sesi 2016 telah diadakan di Pusat Sumber SMK Matang dan dikendalikan oleh Guru Perpustakaan dan Media , En. Adnan Abd Rahman

Hari Orientasi buka tirai 2016 SMK Matang

MATANG : Hari Orientasi Tingkatan Satu dan Peralihan menjadi program pembuka tirai 2016 SMK Matang.

Pengawas Pusat Sumber SMK Matang Aisyatul A’aiyah Rosli berkata,  Hari Orientasi ini diadakan khas untuk murid baru Tingkatan 1 dan Peralihan bagi sesi 2016

“ Program ini bertujuan menerapkan nilai yang positif dan efektif dalam mencintai alam persekolahan baru serta bersemangat menempuhi alam persekolahan

“ Disamping mengetahui selok belok tentang proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 1 dan Peralihan yang dilaksanakan di sekolah ini” katanya

Selamat datang Pengetua baru

MATANG : Pusat Sumber Avicennia SMK Matang mengalu-alukan kedatangan Pengetua baru En. R. Karunagaran A/L S. Raman yang memulakan tugasnya secara rasmi di SMK Matang, bermula Januari 2016.

En. R. Karunagaran A/L S. Raman menggantikan En. Zakaria Othman yang berpindah ke SMK Kampung Jambu, Taiping.

Sebelum dilantik sebagai Pengetua SMK Matang, En. R. Karunagaran A/L S. Raman adalah Penolong Kanan HEM di SMK Simpang

’ Bagai Sirih Pulang Ke Gangang’ begitulah En. R. Karunagaran A/L S. Raman yang sebelum ini pernah mengajar di SMK Matang