Dropdown menu

Sunday, March 1, 2015

Nur Syamimi, Ainin Sofia terima anugerahkan pengiktirafan Nilam

MATANG : Nur Syamimi Mohamad Nor dari kelas 501 dan Ainin Sofia Khairusmawi dari kelas 503 telah dianugerahkan pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari.

Penyelaras Program NILAM , En. Adnan Abd Rahman berkata , bagi tahun 2014 seramai dua pelajar menerima anugerah Jauhari Nilam, seorang anugerah Emas, tiga anugerah Perak dan seramai 50 pelajar anugerah Gangsa.

” Nur Syamimi dan Aini Sofia mendapat anugerah pengiktirafan Nilam kerana membaca sebanyak 306 dan 297 buah buku masing-masing.

” Manakala, Nur Syafirul Aqma Arbain dari kelas 501 mendapat anugerah pengiktirafan Emas kerana berjaya membaca sebanyak 226 buah buku”

En. Adnan berkata, kesemua pelajar Tingkatan Lima yang mendapat anugerah pengiktirafan Nilam, Emas , Perak dan gangsa akan menerima Sijil Pengiktirafan i-NILAM yang akan disampaikan melalui Pusat Sumber SMK Matang.

” Seramai 29 pelajar Tingkatan Lima akan terima Sijil Pengiktirafan i-NILAM yang dikeluarkan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan Malaysia.

” Pemberian sijil ini sebagai tanda penghargaan terhadap usaha pelajar membaca buku dan sebagai galakan membaca kepada pelajar-pelajar di tingkatan yang lebih rendah” katanya

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru pelaksana program NILAM SMK Matang yang sentiasa memberi bimbingan dan galakan kepada pelajar untuk membaca

Berikut adalah senarai pelajar Tingkatan Lima yang menerima anugerah pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari :

  1. Nur Syamimi binti Haji Mohamad Nor – 501 ( Anugerah Nilam )
  2. Ainin Sofia binti Khairusmawi – 503 ( Anugerah Nilam )
  3. Nur Syafirul Aqma binti Arbain – 501 ( Anugerah Emas )
  4. Ko Chia Ling – 501 ( Anugerah Perak )
  5. Athirah binti Adnan – 501 ( Anugerah Gangsa )
  6. Chua Kah Hooi – 501 ( Anugerah Gangsa )
  7. Lean Jin Jie - 501 ( Anugerah Gangsa )
  8. Low Shu Fen - 501 ( Anugerah Gangsa )
  9. Muhammad Na’im bin Elias - 501 ( Anugerah Gangsa )
  10. Fatin Nurfarzana binti Azhar - 501 ( Anugerah Gangsa )
  11. Nor Hanani binti Osman - 501 ( Anugerah Gangsa )
  12. Nor Syazana Atiqah binti Nor Azim -501 ( A. Gangsa )
  13. Noor Hasima binti Mohd Rosli - 501 ( Anugerah Gangsa )
  14. Nor Farhana binti Harun - 501 ( Anugerah Gangsa )
  15. Ow Lip Woon - 501 ( Anugerah Gangsa )
  16. Mas Ayu binti Ahmad – 502 ( Anugerah Gangsa )
  17. Mohamad Farhadi bin Mat Zahir - 502 ( Anugerah Gangsa )
  18. Mohamad Hafizan bin Sharom - 502 ( Anugerah Gangsa )
  19. Tan Saw Hun - 502 ( Anugerah Gangsa )
  20. Ng Xuan - 502 ( Anugerah Gangsa )
  21. Chua Poh Loo - 503 ( Anugerah Gangsa )
  22. Durka A/P Subramaniam - 503 ( Anugerah Gangsa )
  23.  Lee Li Yong - 503 ( Anugerah Gangsa )
  24. Ng Yee Wei - 503 ( Anugerah Gangsa )
  25. Ong Jia Fen - 503 ( Anugerah Gangsa )
  26. Ong Kar Kar - 503 ( Anugerah Gangsa )
  27. Nur Naizatul Adila binti Ali Shah - 504 ( Anugerah Gangsa )
  28. Nur Fatin Hanani binti Zakaria - 505 ( Anugerah Gangsa )
  29. Sountariya A/P Gunasegaran - 505 ( Anugerah Gangsa )








No comments:

Post a Comment