Dropdown menu

Friday, March 6, 2015

SMK MATANG Naib Johan PSS Cemerlang

MATANG : SMK Matang dipilih sebagai naib johan bagi Anugerah PSS Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Gred B, Daerah Larut Matang dan Selama.

Pengumuman keputusan itu dibuat semasa Majlis Anugerah NILAM dan PSS Cemerlang di Taiping Sentral Mall , Taiping.

SMK Taman Panglima telah menjadi johan dan SMK Klian Pauh ditempat ketiga dalam kategori berkenaan.

Bagi Anugerah Anugerah PSS Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Gred A, SMK Tengku Menteri telah menjadi johan.

Sementara itu, Majlis Anugerah NILAM dan PSS Cemerlang Daerah Larut Matang dan Selama telah berlangsung meriah dengan sajian persembahan Tokoh NILAM sekolah menengah dan sekolah rendah serta persembahan bicara berirama.

Hadiah dan sijil telah disampaikan kepada pemenang untuk supuluh anugerah yang telah dipertandingkan.

Antaranya, Anugerah Pengurusan NILAM terbaik, Anugerah Tokoh NILAM Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Anugerah PSS Cemerlang.


Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh En. Kamal bin Mansor , Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama.

No comments:

Post a Comment