Dropdown menu

Friday, March 23, 2018

Nur Athirah , Lim Jia cipta sejarah sekolah

TAIPING - Dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan  (SMK) Matang, di sini mencatatkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang cemerlang apabila memperoleh 10 A masing-masing

Dua pelajar berkenaan, Nur Athirah Abu Bakar memperolehi 4A+, 5A,1A- dan Lim Jia memperolehi 3A+,5A, 2A-

Nur Athirah Abu Bakar yang tidak mempunyai ayah datang bersama ibunya menerima slip keputusan yang disampaikan oleh Pengetua SMK Matang, Zainal Umar 

Manakala , Lim Jia anak kepada pasangan pendidik datang bersama ibunya menerima slip keputusan

Pengetua SMK Matang, Zainal Umar berkata, SMK Matang mencatatkan peningkatan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 apabila berjaya mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 5.29 berbanding 5.89 dalam keputusan SPM 2016

''Pencapaian SPM 2017 mencatat rekod kerana sudah beberapa tahun sejak 2013 sekolah ini tidak mempunyai pelajar yang memperolehi keputusan semua A

"Pencapaian itu sudah membanggakan kerana sekolah ini merupakan sekolah harian biasa dan pelajarnya bukan dalam kalangan pelajar terpilih sebagaimana sekolah kawalan atau berasrama penuh"katanya

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2017 di Ruang Kerja sekolah itu,hari ini. 

Menurutnya,  selain dua calon terbabit, dua calon lain memperoleh 8A, 6A seramai tiga orang dan ramai lagi yang mendapat keputusan 5A ke bawah

“Alhamdulillah, walaupun sekolah ini terletak di luar bandar , tetapi sekolah ini mempunyai pelajar memperolehi semua A , disamping lima pelajar lain yang juga cemerlang

“Kejayaan ini tidak datang bergolek tetapi atas usaha kerja warga guru, kesungguhan pelajar sendiri dan sokongan padu ibu bapa termasuk PIBG,” katanya.

Zainal berkata , kedua-dua pelajar yang memperoleh 10 A juga merupakan pelajar aktif dalam bidang kokurikulum

"Nur Athirah merupakan Pengawas sekolah dan mewakili sekolah dalam banyak pertandingan seperti pidato dan tokoh NILAM

"Begitu juga Lim Jia yang merupakan Ketua Pengawas Pusat Sumber dan pernah menang dalam pertandingan menulis esei bahasa mandarin peringkat antarabangsa" katanya

Beliau berharap semua pelajar dapat melanjutkan pengajian di pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta .

"Saya harap jasa guru dan ibu bapa tidak dilupakan oleh pelajar terbaik dan mereka dapat meneruskan kecemerlangan semasa berada di institusi pengajian tingg.

"Buat pelajar kurang cemerlang, jangan kecewa sebaliknya masih banyak peluang terbuka untuk mereka meneruskan pelajaran dalam pelbagai bidang sesuai"katanya

Sementara itu, Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2017 yang berjaya menaikkan nama sekolah berikutan kejayaan melonjakkan Gred Purata Sekolah (GPS) 

Pusat Sumber SMK Matang juga mengucapkan tahniah kepada pentadbir dan guru-guru yang telah memberi komitmen membantu pelajar mencatat keputusan yang memberangsangkan

Selain Lim Jia, Pengerusi Kelab Pusat Sumber SMK Matang Tan Xue Lin turut cemerlang memperolehi keputusan 6A

Pelajar Cemerlang SPM 2017







No comments:

Post a Comment