
Bilik ini yang diwujudkan awal tahun ini digunakan secara optima oleh pelajar dan guru di SMK Matang .
Hasrat membudayakan FROG VLE sebagai pelantar maya dalam PdP dan merealisasikan elemen 21st Century Learning di kalangan warga SMK Matang akhirnya menjadi kenyataan berikutan wujudnya Bilik FROG VLE.
Bilik FROG VLE SMK Matang juga dimanfaat oleh guru-guru di Daerah Larut Matang dan Selama yang mengikuti kursus pembinaan sites dalam FROG VLE yang dikendalikan oleh Guru Bestari SMK Matang En. Mohammad Hafizul Harun.
Proses menwujudkan bilik ini bermula dengan usaha mencari dana dan sokongan kewangan dalam merealisasikan impian untuk mewujudkan bilik FROG VLE di sekolah.
Selepas itu, proses-proses yang lain seperti mengubahsuai struktur dalaman , mengecat, menghias dan melengkapkan bilik ini diusahakan oleh warga SMK Matang diketuai En. Mohammad Hafizul Harun.
Bilik ini akhirnya berjaya disiapkan atas usaha yang tidak pernah mengenal erti penat.

OBJEKTIF BILIK FROG VLE
- Memberikan kemudahan kepada murid-murid yang menggunakan FROG VLE dan netbook
- Menggalakkan guru menggunakan FROG VLE sebagai medium PdP Abad ke-21.
- Menyediakan tempat yang sesuai untuk murid membuat kerja kursus dan menggunakan FROG VLE.
- Mengoptimumkan penggunaan FROG VLE di kalangan warga SMK Matang

No comments:
Post a Comment