Dropdown menu

Monday, March 28, 2016

Kelab PSS anjur lawatan ke Muzium Sejarah Matang

MATANG : Kelab Pusat Sumber (PSS) SMK Matang telah mengadakan aktiviti lawatan ke Muzium Sejarah Matang (dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak 3 KM dari SMK Matang

Naib Pengerusinya, Nur Syahirah Mohamad Tahir berkata, aktiviti lawatan tersebut telah disertai seramai 30 ahli Kelab Pusat Sumber

“ Semua peserta lawatan bergerak dari sekolah ke muzium dengan berjalan kaki dan mengambil masa hanya 15 minit untuk sampai

“ Guru Penasihat telah menyediakan aktiviti Jejak Maklumat kepada peserta lawatan . Justeru, apabila peserta sampai mereka dibahagikan kepada enam kumpulan untuk menjawab soalan Jejak Maklumat yang disediakan” katanya

Nur Syahirah berkata, semua jawapan dalam soalan Jejak Maklumat terdapat di papan pameran dalam dan luar muzium berkenaan

Koleksi muzium terdiri daripada semua jenis artifak berhubung kait dengan kronologi penubuhan muzium ini sendiri

Friday, March 11, 2016

Pengawas PSS SMK Matang sertai Program 'Smart PSS'

MATANG : Seramai tujuh Pengawas Pusat Sumber SMK Matang telah menghadiri Program 'Smart PSS' anjuran Pusat Kegiatan Guru (PKG) Simpang yang diadakan pada 5 Mac di Dewan Terbuka SK Matang, di sini.

Naib Bendahari Pengawas PSS , Beh Wen Kai berkata, program berkenaan dihadiri oleh Pengawas Pusat Sumber sekolah-sekolah Zon Simpang

" Peserta yang hadir terdiri dari pengawas pusat sumber dari lima sekolah menengah dan selebihnya Pengawas Pusat Sumber SK, SKJC dan SKJT 

" Setiap sekolah menghantar empat orang Pengawas PSS, namun SMK Matang mendapat kebenaran menghantar tujuh Pengawas PSS " katanya yang turut menghadiri program 'Smart PSS'

Beh Wen Kai berkata, program ini mengandungi dua slot iaitu proses teknik bahan buku dan penyediaan fail tegak

Thursday, March 3, 2016

Tiga Pengawas PSS SMK Matang catat keputusan cemerlang SPM

MATANG : Tiga orang Pengawas Pusat Sumber SMK Matang 2015 menjadi antara pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah berkenaan apabila keputusannya diumumkan hari ini.

Mereka ialah Zieizi Ezwanie Zainol Afandi ,Nor Syazana Mohamad Tahir dan Nur Azlin Yahya.

Nor Syazana Mohamad Tahir (gambar) menjadi pelajar terbaik antara ketiga-tiga pelajar ini dengan memperolehi keputusan 8A diikuti dengan Zieizi yang turut memperolehi keputusan 8A

Ziezi merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber dan Pengerusi Kelab Pusat Sumber tahun 2015. Manakala seorang lagi Pengawas Pusat Sumber Nur Azlin Yahya mencatat keputusan 7A.


Turut cemerlang ialah Pengawas Sekolah Muhammad Ali Imran Muhammad Adha.

Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan tahniah dan syabas kepada ketiga-tiga pelajar ini dan semua pelajar Tingkatan 5 yang memperoleh keputusan cemerlang dan lulus .

Wednesday, March 2, 2016

Ahli Kelab PSS diajar kemahiran membalut buku

MATANG : Ahli Kelab Pusat Sumber SMK Matang dilatih dengan kemahiran membalut buku pada perjumpaan kokurikulum persatuan dan kelab Rabu lalu.

Pengerusi Kelab Syaidatul Nadrah Rusli berkata, Guru Penasihat Kelab PSS Puan Rossayu Mansor telah melatih ahli kelab membalut buku dengan cara yang betul

" Kami bertuah kerana mendapat tunjuk ajar Cikgu Rossayu yang merupakan seorang guru yang berpengalaman mengendalikan pusat sumber

" Banyak perkara yang kami belajar dari beliau pada hari ini" katanya

Syaidatul Nadrah berkata, proses membalut buku-buku baru perlukan cara yang betul bagi mengelakkan pembaziran plastik pembalut