Dropdown menu

PENGURUSAN KEWANGAN

PERANCANGAN KEWANGAN PSS SMK MATANG
 TAHUN 2018

1.0       PENGENALAN:
Kewangan Pusat Sumber perlu diuruskan secara kemas kini dan sistematik untuk memastikan urusan pentadbiran dan pengurusan PSS berjalan dengan sempurna dan segala rancangan serta aktiviti dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Penyelaras PSS perlu mengetahui sumber serta kedudukan kewangan PSS dan memahami prosedur penggunaan kewangan PSS.

2.0       MATLAMAT:
Kewangan yang diperuntukkan dapat digunakan untuk aktiviti yang dirancang secara maksimum dan optimum.

3.0       OBJEKTIF:
                                 i.            Pengurusan kewangan secara berhemah dan sistematik.
                               ii.            Peruntukan kewangan dapat diagihkan secara optimum selaras dengan pembangunan pengajaran dan pembelajaran.

4.0       SUMBER KEWANGAN:
Sumber kewangan sekolah terdiri daripada:
i. Geran Bantuan Per Kapita (PCG)                              -           RM 9752.00
ii. Yuran Khas Sekolah                                     -           RM 3168.00
iii. Sumber-sumber lain                                      -           RM   350.00
                                                                        JUMLAH       -           RM 13268.00
 

5.0       ANGGARAN PERBELANJAAN:
Hasil daripada sumber kewangan tahun semasa yang diperoleh dan dipersetujui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS, sumber kewangan tersebut diagihkan mengikut peratus berikut:
BIL
AGIHAN PERBELANJAAN
PERATUS
1
Buku                                                   
60.0%
2
Majalah
4.5%
3
Akhbar
15.3%
4
Bahan-bahan proses teknik
2.3%
5
Alat tulis dan Alatan pejabat
2.3%
6
Bahan APD dan BBM
3.8%
7
Aktiviti Pusat Sumber
3.8%
8
Projek Khas
3.0%
JUMLAH
95.0%

            Perincian perbelanjaan kewangan PSS adalah berdasarkan jadual di bawah:
BIL
BUTIRAN
HURAIAN
JUMLAH (RM)
1


















Buku
















                          
Nisbah bilangan pelajar dengan buku
Contoh:
1 orang pelajar : 20 buah buku
Pertambahan buku tahun : 2015
1 : 20 = RM 7960.80
Pembahagian buku
a. Fiksyen              30% = RM 2388.24
b. Bukan fiksyen    70%
    -Bahasa             15 %  = RM 1194.12
    -Sains&Maths   20%   = RM 1592.16
    -Vok & teknik    15%   = RM 1194.12
    -Kemanusiaan    20%   = RM 1592.16
JUMLAH












RM 7960.80 (60.0 %)

Majalah
Langganan selama setahun
a. Solusi  (12xRM10.00) = RM 120.00
b. Dewan Masyarakat (12xRM5.50)=RM 66.00
c. Majalah i (12xRM10.50) = RM126.00
d. Gen-Q ( 12xRM7.00) = RM 84.00
e. Muslim Teens (12xRM7.00) = RM 84.00
f. Majalah i Sihat  ( 12xRM5.50) = RM 66.00
g. Majalah PC  ( 12xRM4.80) = RM 57.60
JUMLAH








RM 603.60 (4.5 %)
3
Akhbar
Langganan selama setahun
a. Berita Harian (20xRM1.80x12) = RM 432.00
b. The Stars (20xRM1.50x12) = RM 360.00
c. Utusan Malaysia (20xRM1.50x12)
= RM 360.00
d. Shin Chiew Jit Poh (20xRM1.30x12)
= RM 312.00
e. Sinar Harian (20xRM1.20x12) = RM 288.00
f. Malaysia Nanban (20xRM1.20x12)
= RM 288.00

JUMLAH











RM2040.00 (15.3 %)
4
Bahan-bahan proses teknik
a. kertas sticker
b. kad buku
c. slip tarikh
d. Label buku
e. Gam
JUMLAH





RM 300.00 (2.3 %)
5
Alat Tulis dan Alatan Pejabat
a. Fail kertas
b. Pen marker
c. Stapler
d. Dakwat  pencetak
JUMLAH




RM 300.00 ( 2.3 %)
6
Bahan APD dan BBM
a. Cakera DVD
b. Pita audio
JUMLAH


RM 500.00 (3.8%)
7
Aktiviti Pusat Sumber
a. Kem Membaca 1 Malaysia
b. Perkembangan staf (LADAP)
c. Penghasilan bahan
d. Kemahiran Perpustakaan (pengawas)
e. Program Literasi Maklumat
f. Sijil dan hadiah
g. Pameran bertema

JUMLAH








RM 500.00 ( 3.8 %)
8
Projek Khas
a. Keceriaan
b. Pondok Ilmu
JUMLAH


RM  400.00 (3.0 %)

JUMLAH BESAR

RM12604.40 (95.0%)*

 *Pendapatan kewangan tahun semasa hendaklah berbaki sekurang-kurangnya 5%

6.0       CARA PEMBELIAN DILAKUKAN:

Berhubung dengan pembelian buku dan BBM, satu borang cadangan pesanan pembelian buku dan bahan bantu mengajar diedarkan kepada semua ketua panitia mata pelajaran. Ketua panitia diminta melengkapkan borang pembelian tersebut mengikut peruntukan yang telah ditetapkan. Borang yang lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada GPM dalam masa dua minggu. Keputusan pemilihan buku dan BBM akan ditentukan oleh jawatankuasa PSS. 

No comments:

Post a Comment