MATANG : Bekas Pengawas Pusat Sumber SMK Matang Durga Devi a/p Letcumanan menjadi antara pelajar terbaik SPM SMK Matang apabila memperoleh keputusan 7A.
Seorang lagi pelajar yang mendapat keputusan 7A ialah Ko Chia Ling
Keputusan SPM tahun 2014 telah diumumkan pada hari Selasa 3 Mac 2015.
Saturday, March 7, 2015
Pasukan Sepak Takraw Naib Johan LMS
TAIPING : Pasukan Sepak Takraw SMK Matang mencatat kecemerlangan apabila menjadi Naib Johan Pertandingan Sepak Takraw bawah 15 tahun dan tempat ketiga bagi kategori bawah 18 tahun daerah Larut Matang dan Selama.
Jurulatihnya, En. Mohd Faris Mat Khamis berkata, pasukan bawah 15 tahun tewas dalam perlawanan akhir kepada SMK Datuk Husin yang merupakan sekolah projek untuk Sepak Takraw daerah LMS.
" Seramai 7 pemain SMK Matang telah terpilih mewakili daerah LMS untuk bertanding di peringkat negeri
Jurulatihnya, En. Mohd Faris Mat Khamis berkata, pasukan bawah 15 tahun tewas dalam perlawanan akhir kepada SMK Datuk Husin yang merupakan sekolah projek untuk Sepak Takraw daerah LMS.
" Seramai 7 pemain SMK Matang telah terpilih mewakili daerah LMS untuk bertanding di peringkat negeri
Temuduga Pengawas Pusat Sumber SMK Matang
MATANG : Seramai 12 pelajar telah dipanggil untuk menghadiri temuduga bagi pemilihan Pengawas Pusat Sumber SMK Matang tahun 2015.
Temuduga berkenaan telah dikendali oleh Guru GPM En. Adnan Abd Rahman pada minggu ketiga persekolahan di Pusat Sumber SMK Matang.
Menurut En. Adnan, pelajar yang terpilih selepas menjalani temuduga ini akan mengikuti tempoh percubaan sebagai Pengawas Pusat Sumber selama dua bulan bermula Mac 2015.
" Keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 1 dan 4, namun pelajar lain yang layak juga akan diberi peluang.
" Pelajar yang melepasi tempoh percubaan dengan baik akan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang secara rasmi. " katanya
Temuduga berkenaan telah dikendali oleh Guru GPM En. Adnan Abd Rahman pada minggu ketiga persekolahan di Pusat Sumber SMK Matang.
Menurut En. Adnan, pelajar yang terpilih selepas menjalani temuduga ini akan mengikuti tempoh percubaan sebagai Pengawas Pusat Sumber selama dua bulan bermula Mac 2015.
" Keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 1 dan 4, namun pelajar lain yang layak juga akan diberi peluang.
" Pelajar yang melepasi tempoh percubaan dengan baik akan dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang secara rasmi. " katanya
Ziezi Ezwanie , Pengerusi Pengawas Pusat Sumber SMK Matang 2015
MATANG : Pusat Sumber SMK Matang selesai menjalankan perlantikan
Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber SMK Matang bagi tahun 2015.
Ziezi Ezwanie Zainol Afandi dari kelas 501 telah dipilih
sebagai Pengerusi Pengawas
Pusat Sumber SMK Matang bagi tahun 2015 , manakala Lee Chin Sun juga dari
kelas 501 dipilih sebagai Timbalan Pengerusi.
Mesyuarat perlantikan tersebut diadakan pada minggu pertama
persekolahan 2015 di Pusat Sumber SMK Matang.
Sementara itu, semua kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta badan beruniform telah mengadakan mesyuarat agung masing-masing bagi memilih ahli jawatankuasa yang untuk tahun 2015.
Friday, March 6, 2015
PENGGUNAAN PSS : PANDUAN KEPADA PELAJAR
1. Anda
tidak dibenarkan masuk ke PSS tanpa guru pengiring@guru matapelajaran kamu
kecuali pada pada waktu rehat. Tunggu guru anda di luar PSS.
2.
Jangan
membuat bising dan menggangu pelajar lain semasa berada di dalam PSS
3. Yang
suka makan gula-gula, tolong makan di luar PSS kerana pelajar yang tidak
bertanggungjawab telah membuang sampah merata-rata tempat di dalam PSS.
Pasukan Sepak Takraw terbaik
MATANG : Pasukan
Sepaktakraw SMK Matang mencatat pencapaian terbaik apabila dipilih menerima Anugerah
Kokurikulum Terbaik keseluruhan SMK Matang bagi tahun 2014.
Pengumuman
kejayaan pasukan Sepak Takraw ini dibuat semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum SMK Matang.
Pasukan Sepak
Takraw juga memenangi anugerah terbaik bagi kategori sukan dan permainan.
Kelab Koperasi
SMK Matang telah dipilih menerima anugerah
terbaik bagi kategori kelab dan persatuan. Manakala Pasukan St. John Ambulans
menerima anugerah terbaik bagi kategori unit beruniform.
Pengiraan stok akhir buku-buku PSS
MATANG : Mulai 10 November 2014, Pusat
Sumber SMK Matang telah ditutup untuk
tujuan pengiraan stok akhir buku-buku PSS sehingga akhir tahun 2014.
Seramai sembilan Pengawas Pusat Sumber
terbabit dalam aktiviti pengiraan stok yang mengambil masa selama tujuh hari
untuk disiapkan.
Pujian harus diberi kepada Pengawas Pusat
Sumber yang dapat menyelesaikan tugas walaupun aktiviti pengiraan stok ini agak
memenatkan.
Aktiviti pengiraan stok akhir buku-buku PSS
memerlukan Pengawas Pusat Sumber mengeluarkan semua buku-buku di setiap rak ,
merekodkan nombor perolehan setiap buku dalam borang yang disediakan.
SMK MATANG Naib Johan PSS Cemerlang
MATANG : SMK Matang dipilih sebagai naib johan
bagi Anugerah PSS Cemerlang Kategori Sekolah Menengah Gred B, Daerah Larut
Matang dan Selama.
Pengumuman keputusan itu dibuat semasa Majlis
Anugerah NILAM dan PSS Cemerlang di Taiping Sentral Mall , Taiping.
SMK Taman Panglima telah menjadi johan dan SMK
Klian Pauh ditempat ketiga dalam kategori berkenaan.
Bagi Anugerah Anugerah PSS Cemerlang Kategori
Sekolah Menengah Gred A, SMK Tengku Menteri telah menjadi johan.
Buletin Pusat Sumber dilancarkan
MATANG : Pusat Sumber SMK Matang telah
menerbitkan Buletin Pusat Sumber untuk bacaan warga SMK Matang.
Pengetua SMK Matang En. Zakaria Othman
telah melancarkan buletin berkenaan semasa
majlis penyampaian sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari.
Buletin Pusat Sumber ini memuatkan berita
aktiviti Kelab Pusat Sumber dan Pusat Sumber serta maklumat berkaitan Pusat
Sumber SMK Matang
Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan Nilam
MATANG : Pusat
Sumber SMK Matang telah mengadakan majlis penyampaian sijil pengiktirafan Nilam
Tahap Jauhari dan sijil penghargaan kepada Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5
yang akan menamatkan tugas mereka pada tahun 2014.
Pengawas Pusat
Sumber Ziezi Ezwanie Zainol Afandi dan Siti Nur Asyira Mohamad Zainal telah bertindak sebagai
pengerusi majlis berkenaan
Majlis bermula
dengan persembahan dari dua orang
penerima anugerah pengiktirafan Nilam yang akan menyampaikan ulasan buku yang
mereka baca.
Saudari Nur
Syamimi Haji Mohamad Nor dari Kelas 501 telah menyampaikan ulasan sebuah buku
berbahasa Inggeris. Buku ini merupakan salah sebuah buku daripada 306 buah buku
yang telah beliau baca.
Seterusnya, Saudari Ainin Sofia Khairusmawi dari Kelas
503 telah menyampaikan ulasan sebuah buku berbahasa Melayu. Buku ini adalah
sebuah buku dari 297 buah buku yang beliau telah baca.
Sekarang tibalah
masanya, majlis penyampaian sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari kepada
pelajar-pelajar SMK Matang
Seramai 43
pelajar telah menerima sijil pengiktirafan Nilam Tahap Jauhari untuk anugerah
Gangsa.
Tuesday, March 3, 2015
Kenali Pusat Sumber SMK Matang
Pakaian seragam
Pengawas Pusat Sumber
Ruang Sirkulasi untuk
pendaftaran, pinjaman dan pemulangan buku
Ruang Bacaan yang
selesa untuk pelajar
Rak buku mengandungi
koleksi buku fiksyen dan bukan fiksyen yang boleh dipinjam
Rak Koleksi Khas
mengadungi buku-buku rujukan khas yang tidak boleh dipinjam keluar
Ruang Rujukan mengandungi rak-rak untuk buku rujukan pelajaran, buku rujukan am dan
buku rujukan guru
Sunday, March 1, 2015
Empat Pengawas Pusat Sumber Tingkatan Lima tamat tugas
MATANG : Seramai empat orang pelajar Tingkatan Lima akan menamatkan tugas
mereka sebagai Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.
Mereka ialah Nor Hanani Osman , Chua Poh Loo , Durka a/p Subramaniam dan
Durga Devi a/p Letcumanan.
Guru Perpustakaan dan Media, En. Adnan Abd Rahman berkata, kesemua mereka
akan menerima sijil penghargaan dari Pusat Sumber SMK Matang
” Mereka telah bertugas dengan baik sepanjang menjadi Pengawas Pusat Sumber
SMK Matang.
” Ada di antara mereka yang menjadi Pengawas Pusat Sumber sejak berada di
Tingkatan Satu lagi” jelasnya
En. Adnan berkata, keempat-empat pelajar ini juga akan menerima sijil
penghargaan kerana memberi sumbangan yang baik semasa memegang amanah dalam
Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber SMK Matang.
Nur Syamimi, Ainin Sofia terima anugerahkan pengiktirafan Nilam
Penyelaras Program NILAM , En. Adnan Abd Rahman berkata , bagi tahun 2014
seramai dua pelajar menerima anugerah Jauhari Nilam, seorang anugerah Emas,
tiga anugerah Perak dan seramai 50 pelajar anugerah Gangsa.
” Nur Syamimi dan Aini Sofia mendapat anugerah pengiktirafan Nilam kerana
membaca sebanyak 306 dan 297 buah buku masing-masing.
” Manakala, Nur Syafirul Aqma Arbain dari kelas 501 mendapat anugerah
pengiktirafan Emas kerana berjaya membaca sebanyak 226 buah buku”
En. Adnan berkata, kesemua pelajar Tingkatan Lima yang mendapat anugerah
pengiktirafan Nilam, Emas , Perak dan gangsa akan menerima Sijil Pengiktirafan
i-NILAM yang akan disampaikan melalui Pusat Sumber SMK Matang.
” Seramai 29 pelajar Tingkatan Lima akan terima Sijil Pengiktirafan i-NILAM
yang dikeluarkan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Pusat Sumber promosi empat buku baru

Pengawas Pusat Sumber Durka a/p Subramaniam dan Durga Devi a/p Letcumanan
telah mengendalikan aktiviti promosi buku baru ini di majlis perhimpunan sekolah
di sini.
Durka a/p Subramaniam yang
bertindak sebagai pengulas buku berkata empat buah buku tersebut ialah Our
World Of Mysteries, The Silver Blade, Ark Angel dan Why Should I Recycle.
“ Buku yang pertama ialah
sebuah novel bertajuk Our World Of Mysteries karya Suzzan Lord . Buku ini
mengenai kisah misteri yang mendedahkan beberapa rahsia paling menakjubkan di
bumi. Buku ini mengandungi 7 bab dengan 92 muka surat .
“ Buku yang kedua ialah
sebuah novel karya Slally Gadner bertajuk THE SILVER BLADE . Novel setebal 362 muka surat ini , mengisahkan kisah pertarungan
seorang lelaki dengan kuasa jahat bagi menyelamatkan kekasihnya” katanya
Kuiz Kenali Sasterawan Negara dapat sambutan
MATANG : Kuiz Kenali Sasterwan Negara anjuran Pusat Sumber SMK Matang
mendapat sambutan baik dari pelajar SMK Matang
Setiausaha Kelab Pusat Sumber , Durka a/p Subramaniam berkata kuiz ini
diadakan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.
” Kuiz ini bertujuan menghargai dan mengenang jasa Sasterawan Negara
yang turut terlibat membangkitkan semangat nasionalisme rakyat melalui
penulisan mereka.
” Promosi untuk kuiz ini telah dibuat semasa majlis pelancaran Bulan
Kemerdekaan peringkat sekolah” katanya
Durka berkata, kesemua 12 orang tokoh Sasterawan Negara ini telah memberi
sumbangan dalam pembinaan negara yang merdeka.
13 pelajar dilantik Pengawas Pusat Sumber tahun 2014
Setiausaha Pengawas Pusat Sumber,
Durka a/p Subramaniam berkata, 13 pelajar ini telah melalui tempoh percubaan
selama 6 bulan sebagai Pengawas Pusat Sumber sebelum dilantik secara rasmi.
” Encik Zahrom Shah Salleh ,
Penolong Kanan HEM telah menyempurnakan penyampaian sijil perlantikan Pengawas
Pusat Sumber SMK Matang
Yang pergi berganti
MATANG : SMK Matang menerima Pengetua yang baru iaitu En. Zakaria Othman
yang mengantikan En. Mohamad Dan Mahat.
Sebelum memulakan tugas sebagai Pengetua SMK Matang, En. Zakaria bertugas
sebagai Penolong Kanan 1 SMK King Edward, Taiping.
Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan selamat bertugas kepada En. Zakaria Othman.
Sementara itu, SMK Matang kehilangan seorang guru yang banyak menabur bakti
kepada sekolah khususnya Pusat Sumber SMK Matang.
Subscribe to:
Posts (Atom)