MATANG : Suasana pembelajaran yang kondusif dalam kelas menjadi salah satu daripada faktor yang mampu memberi keselesaan kepada pelajar melalui amalan pengajaran lebih efektif dan berkesan.
Begitulah yang bakal dirasai lebih 500 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, Taiping , di sini.
Pengetuanya, Zainal Umar berkata, semua 27 kelas disusun atur mengikut perancangan strategik kelas abad ke-21.
“ Bilik kelas yang bermaklumat, bersih dan ceria menjadi salah satu daripada faktor yang mampu menaikkan ‘mood’ pelajar untuk lebih bersemangat menuntut ilmu.
“Selain itu juga, setiap pelajar diberi tanggungjawab mempersiapkan kelas dengan konsep yang kreatif berdasarkan idea dipersetujui,” katanya ketika ditemui pada majlis gotong royong perdana keceriaan kelas abad ke 21 di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

“Beberapa ciri penting seperti susun atur kelas membolehkan pelajar terbabit secara aktif dalam aspek pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dijalankan.
“ Susun atur kelas abad ke-21 adalah berpusatkan pelajar, tidak berpusatkan guru. Guru tidak lagi berfungsi sebagai pensyarah tetapi sebagai fasilitator pembelajaran” katanya
Zainal berkata, Persatuaan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi kerjasama yang sangat baik bagi menjayakan hasrat mewujudkan kelas abad ke 21
“ Syukur, PIBG telah menghulurkan sumbangan kepada semua kelas bagi membantu menceriakan kelas abad ke 21
“Sepanjang gotong royong berlangsung, kerjasama yang diberikan PIBG dapat mengeratkan lagi hubungan mereka dengan sekolah” katanya.
Beliau berharap gotong royong keceriaan kelas itu bukan saja mampu membentuk nilai murni dan kerjasama antara pelajar serta guru tetapi juga menjadikan mereka lebih bertanggungjawab pada setiap tugas yang diamanahkan.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG Abd Rahman Said yang ditemui berkata, gotong royong yang diadakan meningkatkan penglibatan ibu bapa untuk bersama-sama menjayakan aktiviti pada peringkat sekolah
“ Penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah digalakkan untuk melibatkan golongan tersebut mengikut garis panduan sarana sekolah.
Sekitar Majlis Gotong Royong Perdana
Keceriaan Kelas
No comments:
Post a Comment