Dropdown menu

Friday, October 5, 2018

SMK Matang kembali juarai pusat sumber cemerlang


TAIPING : Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang merangkul johan Anugerah Sekolah Bestari Cemerlang kategori Pusat Sumber peringkat Daerah Larut Matang dan Selama,  baru-baru ini.

Sebanyak enam sekolah dari setiap zon dalam Daerah Larut Matang dan Selama dipertandingkan dalam kategori itu, namun kelebihan menjadi milik SMK Matang.

Pada tahun 2017, sekolah ini tidak menyertai pertandingan ini kerana memberi peluang kepada sekolah-sekolah lain, namun pada tahun 2018 sekolah ini kembali menyertai pertandingan mewakili Zon Simpang

Guru Perpustakaan dan Medianya, Adnan Abd Rahman berkata, kejayaan itu adalah berkat usaha dan kerjasama guru, murid serta warga sekolah yang lain.

“Sebenarnya, pusat sumber ini cuba memenuhi setiap instrumen yang telah ditetapkan oleh penilai pertandingan

“Alhamdulillah, rezeki menjadi milik SMK Matang. Ini membuktikan dengan kemampuan yang ada, kami mampu lakukan yang terbaik,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Daerah Larut Matang dan Selama di Dewan Besar, Kem Taming Sari, Taiping

Beliau amat menghargai sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta komuniti setempat, selain bimbingan Pusat Kegiatan Guru Simpang

“Terima kasih pada yang membantu secara langsung dan tidak langsung sehingga kami mendapat kejayaan ini.

"Pembabitan dan bantuan daripada pengawas pusat sumber sekolah juga sebenarnya turut memainkan peranan penting” katanya.

Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Daerah Larut Matang dan Selama telah berlangsung meriah dengan sajian persembahan Tokoh Nilam sekolah menengah dan sekolah rendah serta persembahan Koir.

Sebanyak 4 anugerah utama dipertandingkan antaranya, Anugerah Murid Bestari Cemerlang, Anugerah Program Galakan Membaca , Anugerah Guru Bestari Cemerlang disamping  Anugerah Sekolah Bestari Cemerlang.

Majlis disempurnakan Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, Aminudin Mhd Nor


No comments:

Post a Comment