Dropdown menu

Friday, April 20, 2018

Selamat bersara Pak Lan (Cikgu Roslan)

MATANG : Majlis persaraan Guru Penolong Kanan Kokurikulum  SMK Matang telah disambut meriah menjadi kenangan manis pada hari terakhir perkhidmatannya pada 4 April 2018

Guru yang diraikan, Roslan Osman, 60 telah berkhidmat selama 38 tahun sebagai guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK)  dan Matematik, juga merangkap Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) , Khairusmawi Haji Hitam berkata, satu majlis 'Lambaian Kasih, Sanjungan Budi' sempena persaraan Cikgu Roslan telah diatur penuh dramatik. 

" Warga SMK Matang telah berhimpun di Dataran Warisan meraikan majlis  'Lambaian Kasih, Sanjungan Budi' ini.

" Hari penuh bersejarah ini telah diraikan oleh rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar " katanya ketika ditemui selepas program 

Kharusmawi berkata, majlis ini melakar sejarah tersendiri bukan saja kepada Cikgu Roslan malah sekolah apabila beliau diraikan di atas singahsana yang indah


" Penampilan Cikgu Roslan yang segak dan bergaya beruniform Kadet Polis menceriakan suasana pada pagi ini.

" Sesuai juga dengan sejarah perkhidmatan beliau sebagai pendidik yang banyak bergelumang dalam bidang sukan dan kokurikulum" katanya

Beliau berkata, majlis dimulakan dengan dengan sambutan ketibaan Cikgu Roslan ke Dataran Warisan, kemudian diiring ke singgahsana khas yang disediakan. 

" Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmadan Ghazali dan diikuti ucapan tuan pengetua, Zainal Haji Umar 

" Seterusnya, ucapan perpisahan dari Cikgu Roslan kepada semua guru dan pelajar SMK Matang" katanya

Selepas aturcara penyampaian hadiah dan sijil kepada Cikgu Roslan.  Beliau kemudiannya bersalaman pelajar di sepanjang laluan keluar . 

Menurut Khairusmawi, Cikgu Roslan merupakan anak tempatan Matang dan Kuala Sepetang yang telah kembali menabur bakti di SMK Matang setelah 22 tahun berkhidmat di beberapa buah sekolah di Pahang dan Selangor.

" Bapa Cikgu Roslan seorang Kadi berasal dari Kampung Matang Road , manakala ibunya berasal dari Kampung Matang Gelugur

" Cikgu Roslan mula bersekolah pada tahun 1965 di Sekolah Kebangsaan Port Weld yang kini dikenali Kuala Sepetang"katanya

Katanya, Cikgu Roslan bersekolah menengah di SMK Dr Burhanuddin, Taiping seterusnya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang kemudian meneruskan pengajian peringkat ijazah pendidikan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM)

" Cikgu Roslan cukup dikenali guru-guru sekitar Daerah Larut Matang dan Selama kerana penglibatan beliau yang aktif sebagai jurulatih bolasepak

" Beliau pernah menerima anugerah pengurus terbaik bawah 18 tahun bagi sukan bolasepak dan sepak takraw peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPK)" katanya

Sementara itu, Cikgu Roslan Osman dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir dan semua guru yang membantu beliau sepanjang 16 tahun berkhidmat di SMK Matang

" Saya berharap guru-guru dan pelajar SMK Matang terus berusaha memberikan ​​​​kejayaan terbaik untuk sekolah

" Walaupun akan bersara, saya bersedia membantu pihak sekolah jika diperlukan terutama dalam bidang sukan dan kokurikulum" katanya

Turut hadir meraikan majlis persaraan berkenaan ialah Yang Dipertua PIBG SMK Matang Abdul Rahman Said.

Sekitar Majlis Persaraan Cikgu Roslan (Pak Lan)






No comments:

Post a Comment