" Pada hari ini , semua guru dan pelajar memakai pakaian Hari Raya bagi sama-sama meraikan Majlis Jamuan Hari Raya
" Pelbagai juadah disediakan kepada pelajar seperti satay, kuih-muih dan buah-buahan" katanya
Pengawas Pusat Sumber Nur Aini Mohamad Nor berkata, Majlis Jamuan Hari Raya begitu ceria dengan penglibatan semua pelajar dengan pakaian Hari Raya
" Lebih meriah dengan aktiviti yang diadakan sebelum jamuan iaitu pertandingan menganyam ketupat dan menulis khat

Nur Aini berkata, selama sebulan Ramadhan pihak sekolah telah menganjurkan pelbagai aktiviti
mengisi bulan Ramadhan dan Syawal
" Antara aktiviti yang diadakan seperti Ceramah Ramadan, majlis tadarus al Quran, Quran Hour, sumbangan asnaf dan majlis khatam al Quran
" Persekitaran sekolah diceriakan dengan suasana hari raya melalui hiasan ketupat , lemang, masjid , pelita minyak tanah dan lampu bintang berklip" katanya
Katanya, Pusat Sumber SMK Matang tidak ketinggalan memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri dengan aktiviti kreatif Kad Raya saiz besar dan pameran bertema Hari raya Aidilfitri
Sekitar Majlis Hari Raya SMK Matang
No comments:
Post a Comment