Dropdown menu

Wednesday, February 14, 2018

Warga SMK Matang rasai kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina

MATANG : Suasana kemeriahan majlis sambutan Tahun Baru Cina di SMK Matang jelas dirasai warga SMK Matang yang meraikan majlis berkenaan baru-baru ini.

SMK telah menganjurkan Sambutan Tahun Baru Cina 2018 yang berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik.


Setiausaha program Ang Ai Kim berkata, Sambutan Tahun Baru Cina adalah inisiatif yang baik pihak sekolah bagi me­nanamkan semangat keakraban antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama. 

" Semua guru Melayu, Cina dan India memakai pakaian berwarna merah meraikan majlis yang bermakna ini

" Pelajar juga gembira dan teruja dengan dengan majlis yang diadakan hari ini" katanya yang ditemui selepas majlis sambutan

Beliau berkata, pelbagai aktiviti telah dijalankan pada pagi sambutan tersebut seperti persembahan tarian kipas, menulis tulisan seni kaligrafi, seni gunting kertas dan tarian singa. 

" Aktiviti bermula dengan ucapan pengetua diikuti dengan penerangan serta kuiz pengetahuan tentang Tahun Baru Cina bagi mencungkil pengetahuan pelajar tentang Tahun Baru Cina

" Seterusnya, aturcara diteruskan dengan persembahan tarian kipas yang dipersembahkan oleh pelajar SMK Matang" katanya

Ang Ai Kim berkata, persembahan seterusnya ialah nyanyian Tahun Baru Cina diiringi tarian dari pelajar semua kaum yang unik

" Seorang artis tulisan kaligrafi dan seorang pakar gunting kertas juga telah dijemput untuk mempamirkan kebolehan mereka kepada pelajar dan guru SMK Matang

" Semua pelajar menunjukkan minat yang tinggi terhadap kedua-dua ​seni yang jarang dipersembahkan kepada mereka" katanya

Beliau berkata, acara kemuncak sambutan ialah persembahan tarian singa yang menarik perhatian semua guru dan pelajar

" Pertandingan menulis kaligrafi yang diadakan selepas tarian singa mendapat penyertaan yang baik dari guru dan pelajar 

" Sambutan ini telah dijalankan dengan jayanya hasil kerjasama pihak pentadbir sekolah,  Persatuan Bahasa Cina, guru serta pelajar" katanya

Pusat Sumber SMK Matang turut meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan menyediakan ruangan Tahun Baru Cina pada papan pameran bertema. Ruangan berkenaan di isi dengan info Tahun Baru Cina dan gambar kemeriahan perayaan pada tahun ini.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Dipertua PIBG, Abdul Rahman Said

Sementara itu, Pengetua SMK Matang Zainal Umar  menaruh keyakinan bahawa program ini mampu untuk memperluas dan memperkukuhkan lagi pelaksanaan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan

" Sungguhpun program ini berlangsung dalam tempoh yang singkat, namun mampu menyuntik semangat kerjasama perpaduan 1Malaysia kepada pelajar dan guru

"  Pihak sekolah akan terus memperkasakan lagi program RIMUP  demi merealisasikan agenda penyatuan kaum secara kukuh" katanya


HAPPY NEW YEAR!!!!GONG XI FA CAI

Sekitar Majlis Sambutan Tahun Baru Cina
SMK Matang










No comments:

Post a Comment