Dropdown menu

Friday, June 29, 2018

Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Matang , Pengawas PSS kekal cemerlang

MATANG : Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang kali ke 16 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 April 2018 di Dewan Terbuka SMK Matang.

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang merupakan kesinambungan tradisi sekolah dan memiliki signifikan yang tersendiri kepada seluruh warga SMK Matang .

Majlis ini adalah kemuncak kepada pengiktirafan dan penghargaan pihak sekolah terhadap pencapaian yang cemerlang dan sumbangan murid dalam bidang akademik.

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang telah dirasmikan oleh En.Kamarudin Abu Bakar , Pengerusi JASA Bukit Gantang

Pada hari yang gemilang tersebut, penyampaian hadiah beberapa anugerah telah diberikan kepada murid dan guru SMK Matang.



Anugerah Tokoh Pelajar yang merupakan anugerah tertinggi kepada tokoh pelajar SM Matang telah diberikan kepada pelajar 501 , Lau Yin Xin yang merupakan Ketua Pelajar SMK Matang

Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh En. Kamarudin Abu Bakar, Yang Dipertua PIBG En. Abdul Rahman Said dan mantan Pengetua SMK Matang En. R. Karunagaran a/l S. Raman diiringi En. Zainal Haji Umar , Pengetua SMK Matang

Selain daripada acara penyampaian anugerah kepada pelajar yang cemerlang, majlis turut diserikan dengan persembahan bicara berirama pelajar SMK Matang 


Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang telah berjaya diadakan dengan kerjasama semua warga sekolah dan sokongan serta kehadiran ibubapa yang memeriahkan lagi majlis. 

Sementara itu, Pengawas Pusat Sumber SMK Matang terus cemerlang dalam bidang akademik , di mana sebahagian besar Pengawas Pusat Sumber menerima anugerah kecemerlaangan akademik 


Justeru itu, Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan tahniah kepada Pengawas Pusat Sumber yang mendapat anugerah kerana pencapaian cemerlang semasa Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Matang yang ke 16.


Setinggi-tinggi tahniah kepada semua murid yang berjaya dan ibubapa yang memberi sumbangan kepada pihak sekolah. 

Semoga majlis ini  menjadi sumber inspirasi kepada semua murid untuk lebih cemerlang pada masa hadapan.



Sekitar Majlis Anugerah Kecemerlangan










Senarai Pengawas PSS yang cemerlang akademik





























Bekas Pengawas PSS Cemerlang SPM










No comments:

Post a Comment