Dropdown menu

Friday, June 29, 2018

Sambutan Hari Guru, Guru Kembali Ke Sekolah

MATANG : Sambutan Hari Guru 2018 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK ) Matang sungguh unik dan meriah bertemakan 'Guru Kembali Ke Sekolah'

Pengawas Pusat Sumber, Aisyatul A’aiyah Rosli berkata, sebahagian besar guru memakai pakaian seragam pelajar sekolah sempena Majlis Hari Guru SMK Matang

" Kami teruja melihat guru-guru seperti pelajar sekolah apabila berpakaian seragam pelajar sekolah

" Ramai guru yang kelihatan seperti pelajar yang datang ke sekolah untuk belajar" katanya 

Beliau berkata, pelbagai aktiviti diatur pada majlis hari ini bertujuan merapatkan lagi hubungan baik antara guru dengan warga sekolah, disamping menyemarakkan semangat tenaga pendidik di sekolah.

” Antara aktiviti yang dijalankan ialah persembahan pelajar dan guru, acara memotong kek dan Sukaneka

” Semua warga SMK Matang menyaksikan aktiviti ini dengan penuh ceria dan meriah ” katanya

Aisyatul A’aiyah berkata, sambutan tersebut juga adalah untuk memberikan  penghargaan yang dirasakan sesuai dengan  jasa dan pengorbanan seorang pendidik.

” Selain aktiviti pelajar dan guru , turut diadakan penyampaian hadiah dan sijil kepada guru-guru SMK Matang

 “Perjuangan guru-guru pun patut dihargai atas usaha mereka untuk memberikan kejayaan di masa akan datang  kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Pusat Sumber SMK Matang mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di SMK Matang



Sekitar Majlis Hari Guru SMK Matang






























No comments:

Post a Comment